• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 diumum, ini senarai peranti yang akan terima

  • OLEH Najib
  • 11:20 am
  • 14/10/2021
  • Komen
Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 diumum, ini senarai peranti yang akan terima
Share on FacebookShare on Twitter

Realme akhirnya mengumumkan ketibaan sistem operasi baru mereka, Realme UI 3.0 berasaskan Android 12. Ia akan memberi pengalaman baru buat pengguna dengan banyak pembaharuan diperkenal dari segi rupa, kelancaran, peribadi, privasi dan fungsi.

Jadual dan peranti

Sistem operasi Realme UI 3.0 akan tersedia untuk dinaik taraf peranti terpilih mulai bulan Oktober 2021, dimulai dengan Realme GT. Realme menyenaraikan banyak peranti yang akan menerimanya, termasuk peranti kelas pertengahan mulai awal tahun 2022.



Berikut adalah jadual dan peranti yang bakal menerima Realme UI 3.0:

  • Oktober 2021 – Realme GT
  • Disember 2021 – Realme X7 Max, Realme GT Master Edition, Realme 8 Pro, Realme GT Neo2 5G
  • Suku 1 2022 – Realme X50 Pro 5G, Realme 7 Pro, Realme X7 Pro, Realme 8 4G, Realme Narzo 30, Realme C25, Realme C25s, Realme narzo 50A, Realme 8i
  • Suku 2 2022 – Realme X7, Realme X3, Realme X3 SuperZoom, Realme 8 5G, Realme 8s, Realme 7 5G, Realme Narzo 30 Pro 5G, Realme Narzo 30 5G

Nampaknya peranti yang berusia lebih 2 tahun, tidak disenaraikan di dalam jadual di atas, termasuk Realme X2 Pro yang dilancarkan pada Oktober 2019.



Pembaharuan Realme UI 3.0

Ikon aplikasi baharu diperkenal untuk Realme UI 3.0, dengan rekaan 3D dan separa lutsinar.

Pengguna juga boleh menjadikan antaramuka lebih peribadi dengan pilihan warna tema global mengikut kegemaran sendiri. Di samping itu, paparan sentiasa hidup (Always On Display, AOD) dinaik taraf dengan tambahan maskot Realmeow. Malah, pengguna juga boleh meletak gambar sendiri sebagai latar AOD.

Dari segi prestasi, Realme UI 3.0 ditambah enjin AI yang mengurangkan penggunaan memori sehingga 30%, meningkatkan prestasi melancar aplikasi sehingga 10% dan meningkatkan hayat bateri sehingga 12%.

Untuk menjaga privasi, Realme UI 3.0 menerima fungsi yang membolehkan pengguna berkongsi gambar tanpa maklumat lokasi, masa, jenis kamera atau tetapan. Had kepada kebenaran aplikasi juga dipertingkat, seperti perkongsian lokasi yang tidak spesifik.

Realme UI 3.0 juga membolehkan pengguna melihat jenis kebenaran lebih mendalam yang diberikan kepada setiap aplikasi, supaya pengguna tahu apa yang diperlukan sahaja untuk dibenarkan.

Bacaan Berkaitan

Realme GT, pembunuh flagship terbaru dengan harga lebih rendah
5 ciri-ciri baharu yang akan tiba di Android 12

Tags: android 12Realme
Najib

Najib

POPULAR

Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 diumum, ini senarai peranti yang akan terima

Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 diumum, ini senarai peranti yang akan terima

14 October 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN