• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo mula terima pendaftaran minat untuk pelancaran Oppo A95

  • OLEH Najib
  • 5:53 pm
  • 02/11/2021
  • Komen
Oppo mula terima pendaftaran minat untuk pelancaran Oppo A95
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Oppo A adalah telefon pintar kelas pertengahan dan Oppo Malaysia bakal melancarkan satu model baru tidak lama lagi. Oppo mengumumkan bahawa telefon pintar Oppo A95 akan datang ke Malaysia.

Tarikh pelancaran Oppo A95 masih belum diberitahu tetapi Oppo ada membukan laman pendaftaran minat. Anda boleh mendaftarnya di sini, jika mahu menjadi yang terawal megnetahui tentang ketibaannya.



Oppo memasarkan telefon pintar ini dengan rekaan yang unik dan eksklusif, dipanggil Oppo Glow. Ia menampilkan rupa belakang menggabungkan matte dan glossy, yang menarik minat ramai.

Kemasan Oppo Glow di Oppo A95 akan tiba dalam dua pilihan warna, Glowing Starry Black seperti langit di waktu malam, dan Glowing Rainbow Silver yang menampilkan kilauan warna-warni pelangi.



Spesifikasi lengkap Oppo A95 masih belum diketahui. Tetapi apa yang telah dikongsikan oleh Oppo adalah, telefon ini akan dikuasakan cip Qualcomm tetapi tidak menyatakan sokongan 5G. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Oppo A95 turut datang dengan sistem RAM Expansion, yang berupaya menukar ruang storan kepada RAM sehingga 5GB bagi melancarkan lagi perjalanan aplikasi.

Bateri pula berkapasiti 4,300mAh di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas Flash Charge 33W. Dari gambar yang terdapat di laman web rasmi Oppo, terdapat tiga kamera belakang dan satu kamera hadapan di sudut kanan skrin.

Jek audio masih terdapat di bawah telefon manakala butang kuasa nampak menonjol keluar, mungkin tiada pengimbas capjari sisi menandakan ia ada skrin OLED dan pengimbas capjari di dalam skrin.

Untuk rujukan, Oppo A93 dilancarkan setahun yang lepas pada harga RM1,299 dengan kuasa Mediatek Helio P95, RAM 8GB dan storan 128GB. Dijangka harga Oppo A95 tidak akan jauh berbeza, sekitar RM1,199 juga nanti.

Bacaan Berkaitan

Oppo A93: Maklumat penjualannya di Malaysia
Oppo A93 dikemas kini dengan cip 5G
Aurora Purple pilihan warna baharu untuk Oppo A92
Tags: oppoOppo A95
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Oppo mula terima pendaftaran minat untuk pelancaran Oppo A95

Oppo mula terima pendaftaran minat untuk pelancaran Oppo A95

2 November 2021
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER