• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Note seterusnya adalah Galaxy S22 Ultra?

  • OLEH Najib
  • 9:37 am
  • 08/11/2021
  • Komen
Galaxy Note seterusnya adalah Galaxy S22 Ultra?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dijangka akan melancarkan siri Galaxy S22 pada awal tahun hadapan, dengan Galaxy S22 Ultra pastinya menjadi peranti terbaik dalam keluarga itu. Kini timbul pula laporan yang menyatakan bahawa pengganti siri Galaxy Note akan muncul dalam barisan Galaxy S22 kelak.

YouTuber Jon Prosser dari Front page Tech telah beroleh gambar yang menunjukkan rupa sebenar Galaxy S22 Ultra yang akan datang. Apa yang menarik adalah, ia memiliki S Pen yang boleh disimpan di dalamnya.



Dari segi rupa luaran ini, Galaxy S22 Ultra memiliki rekaan rata di atas dan bawah, bersama sisi skrin melengkung. Tetapi masih ada lubang kecil di atas skrin untuk kamera hadapan. Nampaknya ia tidak menggunakan kamera tersembunyi di sebalik skrin, seperti yang telah ada di Galaxy Z Fold 3.

Di belakang, terdapat empat kamera dengan lima bulatan tersendiri. Tiada modul besaar yang memuatkan kamera-kamera ini. Ini nampak lebih merisaukan kerana setiap lensa mungkin lebih mudah calar atau rosak tanpa casing. Di kamera paling bawah, dapat dilihat lensa bersegi menandakan ia adalah lensa telefoto periskop.



Bahagian bawah pula dengan jelas menunjukkan terdapat tempat menyimpan S Pen. Sudah lama khabar angin tentang S Pen akan dimasukkan ke dalam peranti flagship Samsung dan mereka mahu menghentikan terus siri Galaxy Note.

Walaupun Galaxy S21 Ultra dan Galaxy Z Fold 3 menyokong S Pen, tetapi ia dijual berasingan dan memerlukan casing tambahan untuk menyimpan. Jika ini adalah Galaxy S22 Ultra akan datang, bermakna Samsung akan menamatkan riwayat siri Galaxy Note dan melengkapkan S Pen ke dalam siri Galaxy S.

Galaxy S22 Ultra dikhabarkan akan tampil dengan skirn AMOLED QuadHD 6.8-inci 120Hz. Kameranya pula diterajui kamera utama 108MP, bersama kamera telefoto 3x 10MP dan kamera ultra lebar 12MP. Walaupun ada S Pen, bateri sebesar 5,000mAh dijangka akan dimuatkan di dalamnya dan menyokong pengecasan pantas 45W. Seperti yang telah dilakukan Samsung sejak Galaxy S21, tiada kepala pengecas akan diberikan di dalam kotak.

Samsung dikatakan mahu melancarkan siri Galaxy S22 pada pertengahan bulan Februari, sebelum berlansungnya pameran Mobile World Congress 2022 (MWC 2022). Malah, Samsung mungkin mahu melancarkan Galaxy S21 FE sebelum itu, pada bulan Januari.

[Sumber: FPT]

Bacaan Berkaitan

Skrin siri Galaxy S22 lebih kecil tetapi kamera lebih besar
Siri Samsung Galaxy S22 menyokong pengecasan hanya 25W?
AMD Radeon akan perkasa grafik di dalam cip Samsung Exynos
Tags: samsungSamsung Galaxy S22Samsung Galaxy S22 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Note seterusnya adalah Galaxy S22 Ultra?

Galaxy Note seterusnya adalah Galaxy S22 Ultra?

8 November 2021
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN