• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy M52 boleh dibeli dengan diskaun RM300 di Jualan 11.11

  • OLEH Najib
  • 8:19 pm
  • 08/11/2021
  • Komen
Samsung Galaxy M52 boleh dibeli dengan diskaun RM300 di Jualan 11.11
Share on FacebookShare on Twitter

Pilihan telefon pintar Samsung kelas pertengahan kini ditambah dengan ketibaan Galaxy M52 5G. Seperti biasa, siri Galaxy M memiliki banyak ciri-ciri yang menyerupai siri Galaxy A, tetapi lebih rendah dan harga lebih murah. Dalam hal ini, Galaxy M52 agak serupa dengan Galaxy A52s.

Harga dan tarikh jualan

Samsung Galaxy M52 datang dengan RAM 8GB dan storan 128GB, pada harga RM1,699. Ia juga hanya dijual dalam talian, boleh dibeli di Stor Rasmi Samsung di Lazada dengan pilihan warna biru atau hitam.



Khas sempena jualan 11.11, Samsung akan menawarkan diskaun istimewa sebanyak RM300, menjadikan harga Galaxy M52 hanya RM1,399.

Pembaca SoyaCincau boleh mendapatkan diskaun eksklusif SoyaCincau menerusi baucar istimewa Lazada. Maklumat lanjut di bawah:



PROMO: Baucar Lazada 11.11 eksklusif untuk pembaca SoyaCincau

Spesifikasi Galaxy M52

Samsung telah melancarkan Galaxy M52 di India bulan lepas, menampilkan kuasa cip Snapdragon 778G 6nm, bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan sehingga 1TB. Telefon ini ada fungsi RAM Plus, membolehkan ruang storan diubah sementara kepada RAM maya sehingga 4GB.

Ia memiliki skrin Super AMOLED Plus HD Penuh seluas 6.7-inci, dengan kadar penyegaran 120Hz. Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 32MP. Di belakang pula ada tiga kamera, gabungan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera makro 5MP.

Tenaga disalurkan daripada bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Kekurangan besar telefon ini ialah tiadanya speaker stereo. Pengimbas capjari juga tiada dalam skrin, sebaliknya terletak di butang kuasa di sisi.

Dengan menambah RM200 iaitu RM1,899, anda boleh mendapatkan Galaxy A52s 5G dengan fungsi tambahan seperti kalis air IP67, speaker stereo dan storan berganda 256GB. Tetapi skrinnya kecil sedikit, 6.5-inci dan bateri hanya 4,500mAh.

Bacaan Berkaitan

Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE mula dibuka tempahan awal dengan hadiah percuma
Galaxy A52s dapat SoC baru tapi lain-lain lama
Samsung Galaxy A52 5G diumum tiba di Malaysia
Tags: 11.11samsungSamsung Galaxy M52
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy M52 boleh dibeli dengan diskaun RM300 di Jualan 11.11

Samsung Galaxy M52 boleh dibeli dengan diskaun RM300 di Jualan 11.11

8 November 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN