• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bil TNB kini boleh dibayar di aplikasi Boost, terima pulangan tunai sehingga RM20

  • OLEH Najib
  • 5:17 pm
  • 15/11/2021
  • Komen
Bil TNB kini boleh dibayar di aplikasi Boost, terima pulangan tunai sehingga RM20
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini ada saluran baru untuk membayar bil tenaga elektrik, melalui eWallet Boost. Dengan adanya TNB, Boost kini lengkap mempunyai pembekal utiliti utama di seluruh negara di dalam ciri pembayaran bil.

Bagi menarik minat pengguna, Boost kini menawarkan ganjaran bernilai sehingga RM20 untuk pengguna yang membayar bil TNB menggunakan Boost. Pengguna baharu Boost akan menerima diskaun RM10 segera melalui ‘Welcome Pack’ apabila mendaftar Boost kali pertama. Untuk semua pengguna, pulangan wang tunai RM5 untuk dua kali dalam tempoh dua bulan, berjumlah RM10. Jadi, pengguna biasa akan menerima pulangan tunai RM10. Bagi pengguna baru, boleh menerima pulangan tunai RM20.



Di samping itu, pengguna Boost juga boleh melihat dan menguruskan bil TNB mereka dengan lebih mendalam menerusi ciri ViewBills, AutoBills, dan MultiBills. ViewBills membolehkan pengguna melihat baki bil tertunggak dan tarikh akhir mereka perlu membayar bil tersebut terus di dalam aplikasi Boost. AutoBills pula, membolehkan pengguna menetapkan pembayaran berjadual berkala secara automatik. Manakala di MultiBills, pengguna boleh menggabung dan membayar berbilang bil sekali gus.

Menggabungkan ciri-ciri ini, menjadikan pembayaran bil satu proses yang lancar dan mudah untuk menjejaki semua bil pada setiap bulan. Boost juga mempunyai fungsi ‘Bill Reminder’ sebagai peringatan kepada pengguna supaya tidak terlupa membayar bil.



Bacaan Berkaitan

  • Samsung Pay tidak lagi menyokong Boost mulai 15 November
  • Boost kini menyokong pembayaran DuitNow QR
  • Boost sediakan pembelian kad hadiah Google Play secara dalam talian
Tags: BoostTNB
Najib

Najib

POPULAR

Bil TNB kini boleh dibayar di aplikasi Boost, terima pulangan tunai sehingga RM20

Bil TNB kini boleh dibayar di aplikasi Boost, terima pulangan tunai sehingga RM20

15 November 2021
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN