• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y76 5G bakal jadi telefon 5G termurah keluaran Vivo

  • OLEH Najib
  • 3:04 pm
  • 17/11/2021
  • Komen
Vivo Y76 5G bakal jadi telefon 5G termurah keluaran Vivo
Share on FacebookShare on Twitter

Setakat ini, telefon pintar 5G Vivo berharga di atas RM1,500. Tetapi tidak lama lagi, Vivo bakal membawakan telefon pintar 5G yang lebih mampu dimiliki ke Malaysia. Dinamakan Vivo Y76 5G.

Dalam perutusan di Facebook Vivo Malaysia, mereka berkongsi gambar Vivo Y76 bersama dua watak di dalam Mobile Legends. Menurut Vivo, mereka telah mengadakan kerjasama dengan Mobile Legends bagi mempertingkatkan penawaran siri Vivo Y.



Akan ada dua warna bergaya Vivo Y76 5G dilancarkan kelak, iaitu Cosmic Aurora dan Midnight Space. Vivo masih belum berkongsi maklumat lebih mendalam telefon Y76 tetapi ia boleh sedikit ditafsirkan dari gambar di Facebook Vivo Malaysia.

Di hadapan, gambar gelap tersebut menujukkan terdapat takuk kecil di dahi skrin Y76. Biasanya, telefon yang masih menggunakan takuk dan bukan lubang, adalah telefon pintar kelas permulaan dan bukan skrin AMOLED.



Gambar belakang pula menunjukkan modul kamera dengan dua bulatan besar dan satu bulatan kecil. Bulatan kecil tersebut mungkin bukan kamera, jadi hanya ada dua kamera belakang Y76. Dapat dilihat juga butang kuasa yang sama rata dengan badan, satu lagi petunjuk bahawa ia ada pengimbas capjari sisi dan bukan skrin AMOLED.

Tetapi carian di internet menunjukkan bahawa tempahan awal Vivo Y76 telah bermula. Pengedar peranti popular di Lembah Klang, Satu Gadget telah menerima tempahan awal Vivo Y76 sehingga 26 November dan menjangka penghantaran mulai 27 November 2021. Tempahan awal ini akan menerima hadiah percuma berupa baucar tunai RM50, set hadiah Vivo (bernilai RM99) dan jaminan tambahan 1 tahun serta perlindungan keretakan skrin (bernilai RM399).

Satu Gadget menyatakan bahawa Vivo Y76 5G ini datang bersama RAM 8GB dan RAM tambahan 4GB, serta storan 128GB. Bagaimanapun, ia tidak berkongsi sebarang spesifikasi lain mahupun harga jualan untuk telefon ini.

Takuk kecil di dahi skrin benar-benar memberi petanda ia adalah telefon pintar kelas pertengahan. Adakah harganya akan berada di bawah RM1,000? Kita tunggu pengumuman rasmi Vivo Malaysia tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo X70 5G & X70 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Vivo Y33s ada keupayaan meluaskan RAM sehingga 12GB
  • Vivo V21 5G dilancar dengan kerjasama empat jenama fesyen tempatan
Tags: vivoVivo Y76
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Y76 5G bakal jadi telefon 5G termurah keluaran Vivo

Vivo Y76 5G bakal jadi telefon 5G termurah keluaran Vivo

17 November 2021
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN