• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Xpress sedia perkhidmatan penghantaran segera sepantas 1 jam

  • OLEH Najib
  • 12:46 pm
  • 24/11/2021
  • Komen
AirAsia Xpress sedia perkhidmatan penghantaran segera sepantas 1 jam
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia meluaskan lagi tawaran perkhidmatan mereka dengan melancarkan AirAsia Xpress. Ia adalah perkhidmatan penghantaran barangan pantas dan mudah, dikuasakan oleh Teleport, cabang logistik AirAsia. Perkhidmatan ini dilihat sebagai kesinambungan kepada AirAsia Ride yang baru dilancarkan pada Ogos lepas.

Dalam pelancaran ini, AirAsia Xpress diumumkan akan menyediakan perkhidmatan mereka meliputi tujuh bandar utama di Malaysia iaitu Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu.



Pengguna boleh menghantar dokumen atau barangan sehingga 15kg menggunakan AirAsia Xpress. Terdapat dua pilihan waktu penghantaran, samada segera di bawah satu jam, atau hari yang sama dalam masa 4-6 jam. Jenis kenderaan juga disediakan antara motosikal dan kereta, bergantung kepada saiz dan berat barang.

Cara untuk menggunakan AirAsia Xpress agak mudah. Buka aplikasi AirAsia Super App, pilih Xpress, isi butiran pengambilan serta penghantaran dan akhir sekali bayar.



Diskaun RM10

Sempena pelancaran ini, pengguna AirAsia Xpress boleh menikmati diskaun pengenalan istimewa selama 72 jam untuk penghantaran segera secara percuma, yang dihadkan pada RM10 dari 23-25 November 2021.

Lim Ben-Jie, Ketua Penghantaran (e-Commerce), AirAsia Super App berkata, “Dalam tempoh pemulihan selepas pandemik ini, kami percaya ramai orang akan memerlukan perkhidmatan penghantaran yang cekap dan berpatutan, yang mana ini adalah salah satu kekuatan AirAsia. Menggabungkan kemudahan dan jangkauan rangkaian kami di seluruh Asean dan lain-lain, AirAsia Xpress akan menyokong individu dan perniagaan mikro dengan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan mudah. Usahawan sosial khususnya akan mendapat manfaat besar daripada tawaran kami untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka, terutamanya dalam pasaran e-dagang yang berkembang pesat dan dikendalikan oleh peniaga barangan baharu dan terpakai dari rumah. Kami juga komited untuk memberikan lebih perhatian kepada semua barangan di bawah perkhidmatan kami supaya para pelanggan akan terus menerima nilai hebat. Kami percaya AirAsia Xpress akan menjadi perkhidmatan yang terbaik dan unik.”

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • Harapan AirAsia X pulangkan duit tiket terkubur andai rancangan ini gagal
  • AirAsia FACES: wajah anda ganti pas masuk pesawat
  • AirAsia Ride dilancarkan, pesaing Grab terbaru dan ini kelebihannya
Tags: AirAsiaAirAsia Xpress
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

20 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER