• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BigPay paksa anda terima T&C baharu, tapi ini masalahnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:51 am
  • 26/11/2021
  • Komen
BigPay paksa anda terima T&C baharu, tapi ini masalahnya
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 26 November 2021, 11:10 pagi

BigPay telah mengadakan 2 jenis T&C untuk pemegang kad, satu yang akan berkuatkuasa 13 Disember 2021 dan satu lagi yang sedia ada. Ia akan memudahkan pengguna untuk membuat perbandingan tentang apa yang berubah dengan lebih teliti.



Tangkap layar daripada APP BigPay

Kemas kini Terma & Syarat (T&C) adalah perkara biasa dalam mana-mana perkhidmatan. Yang luar biasa adalah cara BigPay mengwar-warkannya. Sekiranya anda salah seorang pengguna BigPay, servis e-wallet dengan fungsi kad prabayar, anda akan terima pop-up menyatakan ada kemas kini terhadap T&C.

Kelemahan UI ataupun memang disengajakan BigPay?

Dalam mesej tersebut, terkandung yang mereka telah kemas kini Perjanjian Pemegang Kad yang akan berkuat-kuasa pada 13 Disember 2021. Sewaktu artikel ini ditulis, ada lebih kurang 2 minggu lagi sebelum T&C baharu mengambil alih.



Sepatutnya, kalaupun pengguna tidak bersetuju dengan T&C baharu, mereka masih boleh menggunakan APP selagi tidak tiba 13 Disember 2021. Tapi, kalau anda perasan, dalam tangkap layar tersebut, hanya ada satu butang iaitu “I Accept”.

Mana butang “saya tidak terima” ataupun butang X untuk pengguna memadamkan pop-up itu?

Apa beza T&C baharu dan yang lama?

Ini satu lagi taktik kurang sihat yang selalu digunakan penyedia perkhidmatan untuk menyembunyikan klausa-klausa yang mereka rasa mungkin akan menimbulkan ketakselesaan pada pengguna.

Dalam pop-up itu sepatutnya mereka gariskanlah apa beza T&C baharu dengan yang lama untuk makluman pengguna.

Bukan setakat itu, bila dah ada T&C baharu, T&C yang lama terus dipadamkan dan tidak dimasukkan dalam arkib. Bagaimana pengguna ingin ketahui apa perubahan yang dilakukan mereka?

Mujurlah selepas portal bahasa Inggeris kami menerbitkan artikel tentang isu tersebut, pihak BigPay memaklumkan yang perubahan yang mereka lakukan adalah perbesar had maksimum nilai kad daripada RM10 ribu kepada RM20 ribu.

Thank you for flagging this out. We would like to apologize for the inconvenience & user experience. The updates to our T&Cs does not affect BigPay’s user’s account security, only the wallet’s maximum balance to RM20,000 (from RM10,000).

— BigPay (@bigpaymeapp) November 25, 2021

Anda rasa itu saja yang mereka ubah? Tidaklah dapat kami pastikan kerana T&C lama sudahpun dipadamkan.

TnG e-Wallet ambil pendekatan lebih telus

Sewaktu Touch ‘n Go eWallet mengubah saiz dompet mereka kepada had maksimum RM20 ribu, mereka telah lakukan pengumuman secara jelas dan inilah langkah sepatutnya diambil oleh semua penyedia perkhidmatan. Mereka perlu pastikan pengguna jelas dengan terma & syarat sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan mereka.

Mereka perlu lebih peka kerana menjelang 2022, TnG eWallet dilaporkan akan melancarkan kad prabayar seakan BigPay. Dengan ekosistem yang lebih versatil,saya rasakan tak mustahil ramai yang akan berhijrah daripada BigPay ke platform pesaing.

Tags: AirAsiabigpaye-walletfintekKad prabayar
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BigPay paksa anda terima T&C baharu, tapi ini masalahnya

BigPay paksa anda terima T&C baharu, tapi ini masalahnya

26 November 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER