• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bank-bank Malaysia umum caj RM1 keluar tunai di ATM berlainan bank dikenakan semula tahun hadapan

  • OLEH Najib
  • 4:17 pm
  • 15/12/2021
  • Komen
ATM beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijangka, hampir semua bank di Malaysia kini telah mengumumkan bahawa mereka akan kembali mengenakan caj RM1, jika mengeluarkan wang tunai di mesin ATM di bank lain bermula 1 Februari 2022. Ia menuruti langkah yang diumumkan oleh CIMB sebelum ini.

Secara ringkas, boleh dikatakan semua bank di Malaysia akan mengenakan caj ini semula nanti. Antara bank yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini adalah:



Maybank

Starting from 1 February 2022, the ATM interbank cash withdrawal fee of RM1.00 will be reinstated. Maybank customers can continue to perform cash withdrawal transactions at Maybank’s ATM for free*. Info: https://t.co/NSXArsSJGu
*T&C apply. pic.twitter.com/khZsUXKGm2

— Maybank (@MyMaybank) December 15, 2021

Ambank

Dear Valued Customers,

Please be informed, effective 1 Feb 2022, the banking industry will reinstate the transaction fee of RM1.00 when you perform Interbank Cash Withdrawal at an ATM or CRM.

For any enquiries, you may contact our Contact Centre at 03-2178 8888.

Thank you pic.twitter.com/dQFCQMoICd

— AmBank (@AmBankMY) December 15, 2021

Bank Islam

Public Bank

HSBC

Citibank

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan bermula bulan Mac 2020, bank mengenakan caj RM1 kepada pelanggan jika mereka mengeluarkan wang tunai di mesin ATM bank lain. Jika anda pelanggan Maybank dan mengeluarkan wang di mesin ATM CIMB, RM1 akan ditolak dari akaun anda. Tetapi jika anda mengeluarkan wang di mesin ATM Maybank, tiada caj dikenakan.

Pengecualian caj RM1 di mesin ATM berlainan bank ini diberikan sejak April 2020 selepas PKP diumum, bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di mesin ATM bank tertentu walaupun ada mesin ATM bank lain berhampiran. Ia untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 dengan menjaga jarak antara satu sama lain.



Kerajaan mahu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian, dan telah memansuhkan caj penghantaran wang antara bank (IBFT) sejak tahun 2018. Malah, kerajaan juga telah memberikan pelbagai insentif untuk rakyat menggunakan dompet elektronik (eWallet) dengan pemberian RM30 pada awal 2020, RM50 pada akhir 2020 dan kredit eBelia RM150 pada 2021.

[Sumber: @f4izalhassan]

Bacaan Berkaitan

  • Caj RM1 ATM berlainan bank dikecualikan bermula 6 April
  • CIMB kembali caj RM1 jika keluar tunai di mesin ATM bukan CIMB mulai 1 Februari
  • Caj RM0.50 Pemindahan Segera Wang Antara Bank (IBFT) Dimansuh Bermula 2018
Tags: AmbankATMBank IslamcitibankhsbcMaybankPublic Bank
Najib

Najib

POPULAR

ATM beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Bank-bank Malaysia umum caj RM1 keluar tunai di ATM berlainan bank dikenakan semula tahun hadapan

15 December 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN