• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CIMB kembali caj RM1 jika keluar tunai di mesin ATM bukan CIMB mulai 1 Februari

  • OLEH Najib
  • 11:27 am
  • 15/12/2021
  • Komen
CIMB kembali caj RM1 jika keluar tunai di mesin ATM bukan CIMB mulai 1 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 15/12/2021 4.15pm – Hampir semua bank umum kenakan caj RM1 untuk keluar wang di mesin ATM bank lain tahun hadapan


CIMB pagi ini mengumumkan bahawa mereka akan mula mengenakan semula caj RM1 kepada pelanggan CIMB, yang mengeluarkan wang tunai di mesin ATM bukan milik CIMB. Caj ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2022.



Pengguna CIMB masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mana-mana mesin ATM milik CIMB.

Anda masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM/ mesin layan diri kami.

Terima kasih. (2/2)

— CIMB Assists (@CIMB_Assists) December 15, 2021

Dengan pengumuman CIMB ini, bank -bank lain dijangka akan membuat pengumuman yang sama tidak lama lagi. Pendek kata, caj RM1 mengeluarkan wang tunai di mesin ATM berlainan bank akan mula dikenakan semula pada 1 Februari 2022.



Pengecualian caj RM1 ini diberikan sejak bulan April 2020. Ia untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 akibat orang ramai bersesak dan berkumpul di mesin ATM yang sama, sedangkan ada mesin ATM bank lain berhampiran. Pada Oktober 2020, ia diumumkan akan diteruskan ke satu tarikh yang belum diketahui. Kini, kita sudah tahu tarikh akhirnya.

Kerajaan mahu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian, dan telah memansuhkan caj penghantaran wang antara bank (IBFT) sejak tahun 2018. Malah, kerajaan juga telah memberikan pelbagai insentif untuk rakyat menggunakan dompet elektronik (eWallet) dengan pemberian RM30 pada awal 2020, RM50 pada akhir 2020 dan kredit eBelia RM150 pada 2021.

[Sumber: CIMB]

Bacaan Berkaitan

  • Caj RM1 ATM berlainan bank dikecualikan bermula 6 April
  • Pengecualian caj RM1 mesin ATM MEPS diteruskan ke satu tarikh yang belum ditetapkan
  • Maybank mansuh caj RM1 pengeluaran tunai berlainan bank di ATM mereka
  • Caj RM0.50 Pemindahan Segera Wang Antara Bank (IBFT) Dimansuh Bermula 2018
  • Kredit eBelia RM150: Ini tawaran tambahan setiap eWallet
  • Bantuan RM50 e-wallet akan diberikan pada hujung bulan Julai
  • #Belanjawan2020: RM30 Secara One-off Untuk e-Wallet Anda
Tags: ATMcimb
Najib

Najib

POPULAR

CIMB kembali caj RM1 jika keluar tunai di mesin ATM bukan CIMB mulai 1 Februari

CIMB kembali caj RM1 jika keluar tunai di mesin ATM bukan CIMB mulai 1 Februari

15 December 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN