• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Senarai penuh peranti 5G yang menyokong rangkaian 5G DNB, iPhone dijangka tahun hadapan

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 16/12/2021
  • Komen
Huawei dan Maxis bergabung  tenaga pamer kehebatan 5G di Langkawi
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional berhad (DNB) telah melancarkan rangkaian 5G mereka di Malaysia. Mereka kini telah menyenaraikan peranti 5G yang boleh menggunakan rangkaian 5G DNB.

Menariknya, iPhone 12 dan iPhone 13 masih belum disokong. Walaupun siri Galaxy S21 disenaraikan, model flagship sebelumnya iaitu siri Galaxy S20 dan siri Galaxy Note 20 tidak termasuk dalam senarai sokongan sekarang.



Jika anda mahu mula menggunakan rangkaian 5G yang kini ada ditawarkan oleh Yes dan tidak lama lagi Unifi Mobile, semak senarai penuh peranti yang menyokong 5G DNB di bawah ini:

  • Honor – Honor 50
  • Huawei – Mate 30 Pro 5G, Mate 40 Pro, Mate XS, Nova 7, Nova 7 SE, P40, P40 Pro, P40 Pro+
  • Nokia – Nokia X20
  • Oppo – A74 5G, Find X2, Find X2 Pro, Find X3 Pro, Reno 5, Reno 5 Pro, Reno 6, Reno 6 Pro, Reno6 Z
  • Realme – Realme 7 5G, Realme 8 5G, Realme GT Master Edition, Realme GT Neo 2, Realme X50 Pro, Realme X7 Pro
  • Samsung – Galaxy S21, Galaxy S21 Ultra 5G, Galaxy S21+ 5G
  • Vivo – V20 Pro, V21, V21 5G, V23 5G, V23e 5G, X50, X50 Pro, X70, X70 Pro, Y76 5G, X60
  • Xiaomi – 10T, 11 Lite 5G NE, 11T, 11T Pro, Mi 10, Mi 10 Pro, Mi 10T Pro, Mi 11, Mi 11 Ultra, Poco F2 Pro, Poco F3, Poco M3 Pro 5G, Poco M4 Pro 5G, Poco X3 GT, Redmi Note 10 5G
  • ZTE – Axon 30, Axon 30 Ultra

Selain itu, DNB juga ada menyenaraikan peranti yang dijangka akan disokong di rangkaian 5G mereka menjelang suku pertama tahun 2022 iaitu:



  • Apple – iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max
  • Motorola – Moto Edge 20 Pro
  • Asus – ROG 5s, ROG 5s Pro, Zenfone 8, Zenfone 8 Flip
  • Samsung – A22 5G, A32 5G, A42 5G, A52 5G, A52S 5G, Flip 3, Fold 3, M52 5G, Note 20 Ultra 5G, S20 FE 5G, S20 Ultra 5G
  • TCL – TCL 20R 5G

Untuk iPhone, telah menjadi tradisi di mana setiap rangkaian telekomunikasi perlu mendapatkan pengesahan daripada Apple dan menghantar kemaskini kepada peranti untuk mula menggunakan rangkaian baru seperti 5G. Perkara ini dapat dilihat semasa rangkaian 4G mula beroperasi di Malaysia. Buat masa ini, Apple menyenaraikan empat syarikat telekomunikasi (telco) utama di Malaysia menyokong 4G, eSIM dan VoLTE di iPhone iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. TM (Unifi Mobile) dan YTL Communincations (Yes) masih belum disenaraikan setakat ini.

Rangkaian 5G DNB kini terdapat di lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. DNB kini menawarkan perkhidmatan 5G percuma untuk telco di Malaysia sehingga 31 Mac 2022. Hanya TM dan YTL Communications telah mengumumkan akan menyertai ujian 5G percuma DNB ini. Anda boleh menyemak liputan rangkaian 5G DNB di sini.

Bacaan Berkaitan

  • DNB lancar 5G di Malaysia, Yes jadi penyedia 5G pertama
  • Pengguna Unifi Mobile boleh uji rangkaian 5G tidak lama lagi
  • Pelan Yes untuk 5G tanpa had terdedah, dari RM30/bulan
Tags: 5gDNB
Najib

Najib

POPULAR

Huawei dan Maxis bergabung  tenaga pamer kehebatan 5G di Langkawi

Senarai penuh peranti 5G yang menyokong rangkaian 5G DNB, iPhone dijangka tahun hadapan

16 December 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER