• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting

  • OLEH Najib
  • 12:05 pm
  • 04/01/2022
  • Komen
Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting
Share on FacebookShare on Twitter

Dapatkan diskaun RM400 membeli Galaxy S21 FE! Gunakan kod eksklusif SoyaCincau: SCS21FE apabila anda check-out di Stor Online Samsung Malaysia. Sah dari 6-10 Januari 2021, selagi stok masih ada.


Setelah sekian lama tenggelam timbul, Samsung hari ini melancarkan telefon pintar flagship yang lebih mampu dimiliki, Galaxy S21 Fan Edition (FE). Ia menggantikan tempat Galaxy S20 FE yang dilancarkan pada September 2020 dan menarik minat ramai.

Ciri-ciri pada Galaxy S21 FE mengekalkan tarikan yang serupa pada Galaxy S20 FE, antaranya pemproses berkuasa tinggi, kamera terbaik, serta pilihan warna yang lain daripada kebiasaaan.



Spesifikasi Galaxy S21 FE

Sama seperti abangnya, Galaxy S21 FE dikuasakan cip berkuasa tinggi yang digunakan pada siri Galaxy S21 yang lain iaitu Exynos 2100 5G. Di beberapa negara lain, Samsung turut menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 888. Prestasi tinggi ini dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Kali ini, ia tidak lagi menerima kad mikroSD.

Skrin di Galaxy S21 FE mengecil sedikit iaitu 6.4-inci berbanding 6.5-inci di berbanding S20 FE. Tetapi ia masih di kalangan terbaik menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2X HD Penuh, dengan kadar penyegaran 120hz dan kadar sentuhan 240Hz. Ia juga memiliki lubang kecil di atas, memuatkan satu kamera hadapan. Pengimbas capjari turut terdapat di dalam skrin.



Tenaga baterinya tidak banyak berubah. Ia masih dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 25W dan pengecasan wayarles 15W. Samsung menyatakan, teknologi baru di cip pemproses, modem dan sistem operasi menjadikan bateri Galaxy S21 FE boleh bertahan lebih lama.

Spesifikasi kamera Galaxy S21 FE seperti tidak berubah. Ia ada 3 kamera belakang gabungan kamera utama 12MP F1.8 dengan OIS, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 8MP F2.4 dengan Spacce Zoom 30x. Kamera hadapan pula 32MP F2.2.

Sistem operasi One UI 4 berasaskan Android 12 digunakan pada Galaxy S21 FE. Ia adalah peranti Samsung pertama datang siap dengan OS terbaru ini.

Lain-lain ciri pada Galaxy S21 FE yang menjadikan pesaingnya jauh ketinggalan adalah seperti kalis air dan debu IP68, speaker stereo, dan sokongan Samsung Pay.

Kali ini, Samsung menyediakan hanya empat warna untuk Galaxy S21 FE iaitu hitam, putih, olive (hijau) dan lavender (ungu).

Selain itu, Galaxy S21 FE turut mengikut jejak siri Galaxy S21 yang lain dengan tidak lagi memberi kepala pengecas dan fon telinga berwayar di dalam kotak. Ia dijual berasingan.

Harga Galaxy S21 FE

Samsung Malaysia turut mengumumkan harga rasmi Galaxy S21 FE di sini. Terdapat dua varian dinyatakan, tetapi kali ini perbezaan hanya pada storan kerana kedua-duanya menyokong 5G iaitu:

  • Galaxy S21 FE (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,899
  • Galaxy S21 FE (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,099

Buat masa ini, tarikh jualan belum diberitahu tetapi ia mungkin akan diumum semasa acara pelancarannya di Malaysia pada 5 Januari 2022. Jika Samsung Malaysia bermurah hati, kita juga akan dapat meihat tawaran istimewa untuk pembeli terawal Galaxy S21 FE. Nantikan laporan daripada kami.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung lancar Galaxy S20 FE dilengkapi Snapdragon 865 di Malaysia
  • Tiada lagi pengecas dan fon telinga di Galaxy S21, ini harga dijual berasingan
  • Samsung Galaxy S21 & S21+: Semua perkara yang anda perlu tahu
  • Galaxy S21 Ultra: Harapan Samsung untuk leburkan badi lagxynos
Tags: samsungSamsung Galaxy S21 FE
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting

Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting

4 January 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN