• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peranti Xiaomi akan berupaya mengimbas capjari di seluruh skrin

  • OLEH Najib
  • 4:23 pm
  • 10/01/2022
  • Komen
Peranti Xiaomi akan berupaya mengimbas capjari di seluruh skrin
Share on FacebookShare on Twitter

Teknologi pengimbas capjari telah berubah daripada pengimbas fizikal di belakang, kepada pengimbas capjari di bawah skrin. Tetapi setelah sekian lama, ia hanya boleh digunakan di ruang kecil di skrin, tidak pada seluruh skrin.

Tetapi Xiaomi mungkin akan menjadi pelopor usaha ini. Di China, sumber dalaman mengesahkan bahawa Xiaomi telah berjaya mendaftarkan paten berkenaan teknologi pengimbas capjari yang membolehkan ia mengimbas di mana-mana ruang di skrin.



Bagaimana pengimbas capjari ini berfungsi? Xiaomi menggunakan penerima dan pemancar LED inframerah yang diletakkan di antara lapisan kapasitif skrin sentuh dan paparan AMOLED. Pemancar LED akan mengesan sentuhan capjari menerusi skrin sentuh, dan penerima cahaya inframerah akan menangkap data capjari. Data yang diterima akan membandingkannya dengan rekod yang disimpan. Jika sama, kunci peranti akan dibuka.

Untuk menjimatkan bateri, cahaya akan dihidupkan pada ruang di mana ia ditekan sahaja. LED inframerah tidak akan diaktifkan pada ruang lain di skrin.



Pengimbas capjari di seluruh skrin sebenarnya bukanlah baru. Huawei pernah menghantar paten mereka tentang pengimbas capjari di seluruh skrin pada Ogos 2020, di enam pasaran iaitu China, Eropah, Amerika Syarikat, Jepun Korea dan India. Tetapi masih tiada pengumuman hingga kini, dipercayai ditangguhkan akibat sekatan yang masih dikenakan kerajaan Amerika Syarikat.

Vivo juga pernah memperkenalkan pengimbas capjari di seluruh skrin, pada telefon konsep mereka Vivo Apex 2019. Tetapi tidak menggunakannya pada telefon yang dilancarkan untuk pengguna.

Memandangkan tiada halangan buat Xiaomi, kita boleh menjangkakan peranti flagship Xiaomi akan dilengkapi teknologi baru ini tidak lama lagi.

[Sumber: GizmoChina]

Bacaan Berkaitan

  • Pandangan ringkas Vivo Apex 2019: teknologi hari ini yang dirahsiakan
  • Vivo Apex 2019 tiada butang fizikal tiada lubang pengecas
  • Xiaomi 12: 6 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang siri ini
Tags: xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER