• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Naik taraf ke iOS 15.3 untuk baiki kerentanan kritikal Safari yang dedahkan sejarah pelayar dan akaun Google

  • OLEH Najib
  • 2:59 pm
  • 27/01/2022
  • Komen
Naik taraf ke iOS 15.3 untuk baiki kerentanan kritikal Safari yang dedahkan sejarah pelayar dan akaun Google
Share on FacebookShare on Twitter

Apple kini telah mengeluarkan kemaskini keselamatan baru iOS 15.3 untuk iPhone, serta iPadOS 15.3 bagi iPad. Kemaskini ini menampal beberapa kerentanan kritikal serta membaiki pepijat, tanpa fungsi baru yang besar.

Salah satu yang dibaiki adalah lohong keselamatan pada pelayar Safari, yang membenarkan laman web hasad untuk melihat sejarah pelayar serta maklumat akaun Google. Walaupun menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome pada iPhone atau iPad, ia tidak berbeza kerana menggunakan enjin pelayar Safari yang serupa.



Saiz muat turun kemaskini ini berbeza mengikut peranti dan iOS terkini, dari 800MB sehingga lebih 1GB. Untuk itu, pengguna dinasihatkan untuk memastikan tenaga bateri lebih daripada 50% dan muat turun dengan menyambung ke WiFi. Jika anda belum menerima notis muat turut kemaskini, ia boleh dilakukan secara manual dengan pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.

Secara keseluruhan, ada 10 baikpulih keselamatan di dalam iOS 15.3 dan kebanyakannya adalah untuk menghalang aplikasi hasad daripada melancarkan kod serangan tanpa sekatan dengan keistimewaan kernel. Ini termasuk ColorSync, Crash Reporter, WebKit dan iCloud. Terdapat laporan sebelum ini mengatakan aplikasi pihak ketiga menghadapi masalah untuk berhubung ke iCloud dan menerima notis “Service unavailable“.



Apple sebelum ini memberi kelonggaran kepada pengguna dengan tidak memaksa naik taraf ke iOS 15 dan kekal menggunakan iOS 14. Tetapi sejak iOS 15.2 dikeluarkan, tiada lagi kemaskini keselamatan diberikan kepada peranti iOS 14, sebaliknya perlu menaik taraf ke iOS 15 untuk menerimanya.

[Sumber: 9to5mac]

Bacaan Berkaitan

  • Apple tidak lagi sediakan kemaskini keselamatan untuk iOS 14, pengguna perlu beralih ke iOS 15
  • Kemas kini iOS 15.1 mula diedar, ada ciri baharu SharePlay dan 2 naik taraf kamera untuk iPhone 13 Pro
  • iOS 15.2 dan iPadOS 15.2 sedia dimuat turun, perkenal kawalan aplikasi lebih ketat, pantau CSAM dan Digital Legacy
Tags: appleapple iphoneiOSiOS 15iPadOS 15
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Naik taraf ke iOS 15.3 untuk baiki kerentanan kritikal Safari yang dedahkan sejarah pelayar dan akaun Google

Naik taraf ke iOS 15.3 untuk baiki kerentanan kritikal Safari yang dedahkan sejarah pelayar dan akaun Google

27 January 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN