• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Redmi Note 11 tiba di Malaysia 10 Februari 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:29 pm
  • 27/01/2022
  • Komen
Siri Redmi Note 11 tiba di Malaysia 10 Februari 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sedang cari telefon harga patut, saya sarankan untuk sabar dulu. Xiaomi Malaysia melalaui saluran sosial mereka telah mengumumkan tentang ketibaan siri Redmi Note 11 tak lama lagi. Tarikh yang mereka pilih adalah 10 Februari 2022 pada jam 12 tengah hari.

[Hands-on] Siri Redmi Note 10: Penanda aras telefon midrange 2021 – SoyaCincau.com



Anda boleh lihat dulu berapakah penawaran mereka, kalau tak menarik anda bolehlah pertimbangkan jenama lain. Hal ini kerana, untuk siri Redmi Note 10 lalu, mereka adalah antara yang laku keras dalam segmen RM1,000 hingga RM1,500 bersama-sama dengan saudara Poco mereka.

Spesifikasi Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S

Kedua-dua telefon ini miliki fizikaliti yang sama tapi bahagian dalam Redmi Note 11S lebih menyerupai Redmi Note 11 Pro. Panel paparan yang sama dikongsikan antara dua varian ini iaitu panel AMOLED 90Hz 6.43” FHD+ begitu juga dengan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.



Atas papan utama, Redmi Note 11 diperkasa SoC Snapdragon 680, SoC yang sama seperti Realme 9i yang dilancarkan tak lama dulu sementara Redmi Note 11S mengguna pakai MediaTek Helio G96.

Di jabatan pengimejan, kedua-dua varian ada kuadkamera belakang dengan Redmi Note 11 ada kamera utama 50MP manakala Redmi Note 11S ada kamera 108MP. Baki tiga kamera belakang lain masing-masing adalah kamera 8MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (depth). Selfie untuk dua saudara diambil dengan kamera 13MP.

Kalau anda perlukan slot khas untuk letak mikro-SD bersama-sama dengan 2 kad SIM, dua varian terbawah ini adalah pilihan yang anda ada kerana dua varian yang lebih tinggi tidak ada. Antara yang menarik dengan telefon ini adalah seperti speaker stereo, jek 3.5mm, NFC, dan IR Blaster.

Spesifikasi Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G

Seperti namanya, kedua-dua varian ini dibezakan dengan salah satunya menawarkan sambungan 5G kepada anda. Walaupun berbeza, kedua-dua telefon ini miliki fizikaliti yang sama iaitu mereka berkongsi panel paparan 6.67” FHD+ 120Hz dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W. Sambungan 5G kepada Note 11 Pro 5G diberikan oleh cip Snapdragon 695 manakala di Note 11 Pro biasa, sambungan LTE-nya diberikan cip MediaTek Helio G96.

Untuk mengambil gambar, mereka masing-masing ada kamera 108MP 8MP (ultralebar), dan 2MP (makro). Cumanya, varian bukan 5G ada satu kamera tambahan, kamera 2MP (depth) yang saya rasa tak berguna sangat pun. Untuk berselfie, kedua-dua telefon ini diberikan kamera 16MP.

Sama seperti dua varian yang lebih rendah, dua varian yang lebih tinggi ini juga dilengkapi speaker stereo jek audio 3.5mm, dan IR Blaster untuk kemudahan penggunanya. Salah satu kekurangan Redmi Note 11 Pro 5G dan LTE adalah slot SIM-nya adalah daripada jenis hibrid dan bukannya trislot. Jadi, anda hanya boleh masukkan 1 kad SIM sekiranya anda ingin perluaskan storan menggunakan mikro-SD.

Tags: RedmiRedmi Note 11redmi note 11 proredmi note 11 pro 5gredmi note 11sxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Redmi Note 11 tiba di Malaysia 10 Februari 2022

Siri Redmi Note 11 tiba di Malaysia 10 Februari 2022

27 January 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER