• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter Articles, membolehkan Tweet ditulis tanpa had aksara

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:57 pm
  • 03/02/2022
  • Komen
Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, untuk tulis kisah yang panjang di Twitter, pengguna perlu sambungkan banyak tweet menjadi satu bebenang. Hal ini kerana, Twitter meletakkan had 280 aksara untuk satu Tweet. Melalui bebenang, pembaca mudah untuk ikuti kisah yang dikongsikan seseorang tanpa perlu cari sambungan Tweet itu di profil penulis. Namun, perkara ini adakalnya menyukarkan penulis, kerana Tweet perlu ditulis dan dikongsikan satu per satu sehingga selesai.

Tetapi, Twitter nampaknya akan membolehkan pengguna menulis dengan panjang di platform itu dalam satu Tweet sahaja, melalui ciri yang dinamakan Twitter Articles.



Ciri ini pertama kali di temui oleh penyelidik aplikasi Jane Wong dan dia kongsikan tangkap layar ciri tersebut di Twitternya. Dalam gambar itu, dapat dilihat ada perkataan tertulis Twitter Articles. Dia menjangkakan bahawa, ciri ini mungkin merupakan format baru yang membolehkan Tweet ditulis dengan panjang di Twitter.

Twitter is working on “Twitter Articles” and the ability to create one within Twitter

Possibility a new longform format on Twitter pic.twitter.com/Srk3E6R5sz

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) February 2, 2022

Jika Twitter benarkan individu menulis teks yang panjang di aplikasi itu tanpa had, mungkin tiada lagi pengguna yang hasilkan Tweet secara bebenang. Dalam masa yang sama, ciri ini juga akan hilangkan keunikan Twitter sebagai platform yang meletakkan had aksara untuk penulisan. Maka ia mungkin akan tampil serupa dengan aplikasi lain seperti Facebook dan Instagram.



Buat masa sekarang, tidak diketahui lagi cara menggunakan Twitter Articles ini dan untuk siapa ia tersedia. Jurucakap Twitter dalam satu kenyataan memberitahu bahawa, mereka akan kongsikan lebih banyak maklumat tentang ciri ini tidak lama lagi.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan

Twitter Articles, membolehkan Tweet ditulis tanpa had aksara

3 February 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN