• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menangi Galaxy Buds Live dengan bergaya bersama harimau sempena Galaxy Unpacked

  • OLEH Najib
  • 6:55 am
  • 05/02/2022
  • Komen
Menangi Galaxy Buds Live dengan bergaya bersama harimau sempena Galaxy Unpacked
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung akan mengadakan acara pelancaran peranti baru, siri Galaxy S22 pada 9 Februari 2022. Bagi memeriahkan lagi kedatangan majlis ini, Samsung mencerahkan lima bandar di seluruh dunia dengan animasi harimau 3D. Salah satunya di Kuala Lumpur, Malaysia.

Skrin LED gergasi yang terletak di Pavilion Elite, Bukit Bintang kini memaparkan animasi 3D harimau yang mengajak orang ramai untuk turut sama memeriahkan acara Galaxy Unpacked yang akan datang. Ia akan menghiasi skrin gergasi tersebut sehingga 9 Februari 2022.



Menangi Samsung Galaxy Buds Live

Samsung Malaysia menambah kemeriahan ini dengan menyediakan hadiah berupa Galaxy Buds Live (bernilai RM549) untuk dimenangi. Cara-cara untuk memenanginya adalah sepeti berikut:

  1. Ikuti Instagram Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia)
  2. Kunjungi animasi 3D Samsung “Tiger in the City” di Pavilion Elite
  3. Tangkap gambar atau rakam video diri bersama harimau tersebut menggunakan kreativiti tersendiri
  4. Muat naik di Instagram bersama tanda pagar #MYSamsungTigerinKL #withGalaxy #(model telefon) serta tag @SamsungMalaysia. Pastikan akaun ditetapkan ke ‘Public’.

Harimau 3D di lima bandar seluruh dunia

Selain Kuala Lumpur, Samsung turut menyiarkan animasi harimau 3D ini di bandar New York, London, Dubai, dan Seoul. Tidak dapat dinafikan lagi, Malaysia merupakan salah satu pasaran penting buat Samsung dan ia diperkukuhkan lagi dengan pemilihan bandar Kuala Lumpur dalam promosi Galaxy Unpacked kali ini.



https://youtu.be/jrPE2U_x_QI

Galaxy Unpacked yang akan diadakan pada 9 Februari ini dijangka akan melancarkan tiga model dari siri Galaxy S22 iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra. Galaxy S22 dan Galaxy S22+ akan memiliki spesifikasi yang sama, dengan perbezaan pada saiz skrin dan kapasiti bateri sahaja.

Galaxy S22 Ultra adalah peranti yang jauh berbeza dan lebih hebat, akan menyediakan S Pen tersimpan di dalam badan. Ia dikatakan menjadi pengganti kepada siri Galaxy Note yang kali terakhir dilancarkan Samsung pada tahun 2020.

Pemproses baru Samsung Exynos 2200 dijangka akan memperkasa siri Galaxy S22, di samping cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 bagi pasaran terpilih. Tarikan utama cip Exynos 2200 adalah pada GPU, ia menggunakan teknologi RDNA2 yang sama digunakan di konsol permainan PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Anda boleh turut menyaksikan acara Galaxy Unpacked ini pada 9 Februari 2022, bermula pukul 11 malam waktu Malaysia di laman web Samsung Malaysia, YouTube Samsung Malaysia, serta Facebook Samsung Malaysia. Di samping itu, dapatkan e-baucar Samsung bernilai RM200 apabila mendaftarkan minat anda di laman web Samsung Galaxy Unpacked. Samsung Malaysia dijangka akan mengumumkan promosi tempahan awal dan tarikh jualan siri Galaxy S22, sejurus selepas acara ini selesai.

Tags: samsungSamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

Menangi Galaxy Buds Live dengan bergaya bersama harimau sempena Galaxy Unpacked

Menangi Galaxy Buds Live dengan bergaya bersama harimau sempena Galaxy Unpacked

5 February 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER