• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peranti Samsung Galaxy akan gunakan jaring plastik terbuang

  • OLEH Najib
  • 12:58 pm
  • 07/02/2022
  • Komen
Peranti Samsung Galaxy akan gunakan jaring plastik terbuang
Share on FacebookShare on Twitter

Makin banyak syarikat semakin cakna dengan isu alam sekitar dan mula menggunakan bahan dikitar semula dalam penghasilan produk baru. Selain kertas terbuang, plastik adalah salah satu bahan yang sering dikitar semula.

Lautan merupakan salah satu tempat di mana plastik banyak dibuang, antaranya botol dan beg plastik pakai buang. Tetapi ada satu lagi jenis plastik terbuang di lautan yang jarang diketahui ramai, jaring menangkap ikan. Dilaporkan, sebanyak 640,000 tan jaring sebegini dibuang setiap tahun.



Sehubungan itu, Samsung mengambil langkah terbaru mereka dalam kempen Galaxy for the Planet, iaitu mengitar semula jaring plastik terbuang di lautan ke dalam produk mereka yang akan datang. Selain plastik kitar semula, Samsung juga ada menggunakan bahan lain dalam menghasilkan produk baru, seperti kertas kitar semula.

Samsung akan membentangkan lebih lanjut tentang produk mereka yang menggunakan bahan kitar semula, semasa acara pelancaran Galaxy Unpacked pada 9 Februari. Ia akan mempamerkan buat pertama kali, siri Galaxy S22 dan dijangka akan ada 3 model dilancarkan iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.



Khabar angin kuat mengatakan bahawa Galaxy S22 Ultra akan datang dengan S Pen terbina di dalam, menjadi pengganti kepada siri Galaxy Note yang tidak lagi dilancarkan tahun lepas. Adalah S Pen akan dihasilkan sepenuhnya daripada jaring terbuang ini? Kita nantikan pengumuman lanjut Samsung nanti.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung umum ketibaan Exynos 2200 dengan GPU berteknologi PS5 dan Xbox Series X
  • Siri Galaxy S22 akan dilancar dan mula dijual pada bulan Februari
  • Galaxy Note seterusnya adalah Galaxy S22 Ultra?
Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

Peranti Samsung Galaxy akan gunakan jaring plastik terbuang

Peranti Samsung Galaxy akan gunakan jaring plastik terbuang

7 February 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN