• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C35 ada diskaun RM100 dan jaminan lebih panjang untuk pembeli awal

  • OLEH Najib
  • 6:24 pm
  • 17/02/2022
  • Komen
Realme C35 ada diskaun RM100 dan jaminan lebih panjang untuk pembeli awal
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan peranti mampu milik mereka yang baru, Realme C35. Malah, ia ditawarkan dengan diskaun sehingga RM100 serta jaminan lebih panjang sebagai tarikan untuk pembeli terawal.

Terdapat dua varian Realme C35 akan dijual di Malaysia, dengan harga seperti berikut:



  • Realme C35 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM649
  • Realme C35 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM699

Telefon pintar terbaru ini akan mula dijual di Malaysia pada 21 Februari 2022 secara eksklusif di Shopee. Manakala jualan di pengedar sah Realme boleh didapati mulai 25 Februari 2022.

Diskaun sebanyak RM100 diberikan untuk pembeli di hari pertama jualan Realme C35 di Shopee, pada 21 Februari 2022. Manakala selama 3 hari, dari 25 hingga 27 Februari 2022 di pengedar sah Realme, pembeli akan menerima jaminan ditambah 6 bulan secara percuma, menjadikan ia memiliki jaminan selama 18 bulan.



Spesifikasi Realme C35

Realme melengkapi C35 dengan cip pemproses Unisoc T616, bersama RAM 4GB dan storan sehinga 128GB. Telefon ini turut memiliki teknologi RAM maya tambahan, membolehkan storan dalaman digunakan sementara sebagai RAM. Storan juga boleh diluaskan dengan menambah kad mikroSD, diterima sehingga 1TB.

Skrinnya seluas 6.6-inci jenis LCD HD Penuh, dengan kadar penyegaran 60Hz. Ia memiliki takuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Pengimbas capjari digabungkan dengan butang kuasa di sisi.

Realme kelihatan sangat berbangga dengan kamera utama telefon ini. Ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8, dikatakan sama dengan kamera di Realme GT2 Pro. Bersamanya adalah kamera makro 2MP dan kamera hitam putih 2MP.

Baterinya sebesar 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W USB-C.

Telefon ini memiliki rekaan bingkai rata, rekaan yang banyak digunakan di telefon pintar flagship masa kini seperti iPhone 13. Terdapat dua warna disediakan untuk Realme C35 iaitu hijau dan hitam.

Tags: RealmeRealme C35
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Realme C35 ada diskaun RM100 dan jaminan lebih panjang untuk pembeli awal

Realme C35 ada diskaun RM100 dan jaminan lebih panjang untuk pembeli awal

17 February 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN