• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnwardMobility sahkan projek BlackBerry 5G telah tamat

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 21/02/2022
  • Komen
Ini Jawapannya Jika Anda Mencari Telefon Kalis Hacker
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, peminat peranti BlackBerry dikejutkan dengan laporan yang mengatakan usaha membangunkan peranti BlackBerry 5G telah ditamatkan. Ia berikutan BlackBerry telah telah membatalkan perjanjian pelesenan mereka bersama OnwardMobility. Perkara ini belum diumumkan secara rasmi oleh BlackBerry, tetapi kini telah dijawab oleh OnwardMobility.

Dalam kenyataan rasmi OnwardMobility yang dimuat naik di laman web mereka, ia menyatakan bahawa syarikat OnwardMobility akan ditutup dan tidak lagi meneruskan pembangunan peranti dengan ciri keselamatan tinggi serta papan kekunci fizikal. Pendek kata, tiada peranti BlackBerry 5G akan dihasilkan.



OnwardMobility mengambil keputusan ini setelah meneliti sedalam-dalamnya dan turut berduka tentangnya. Mereka tidak mengharapkan usaha ini menjadi sebegini dan berterima kasih kepada pasukan profesional yang berusaha tanpa henti dalam projek ini, serta kepada peminat setia dan rakan niaga yang menyokong.

BlackBerry sendiri dilihat cuba menjauhkan diri mereka dari penghasilan peranti, selepas menjual kebanyakan paten mudahalih mereka kepada syarikat konsortium, Catapult IP Innovations Inc pada harga USD600 juta (~RM2.514 bilion) bulan lepas.



CEO BlackBerry, John Chen dipercayai mahu melupakan kisah lalu mereka dan tidak lagi menaruh harapan pada perniagaan yang tidak pasti berjaya. BlackBerry sebelum ini melaporkan kewangan mereka mengukuh, terutama dalam perniagaan IoT dan keselamatan siber. Tidak mengejutkan jika BlackBerry mahu menumpukan perhatian mereka kepada model perniagaan yang lebih berjaya sekarang.

BlackBerry KEYone
BlackBerry KEY2

Selepas tidak lagi menghasilkan telefon pintar sendiri, BlackBerry telah melesenkan nama peranti mereka kepada TCL pda 2016 yang kemudiannya melancarkan beberapa peranti seperti KeyONE dan Key2. TCL tidak memperbaharui perjanjian ini dan ia telah diambil alih pula oleh OnwardMobility pada tahun 2020. OnwardMobility merancang untuk mengeluarkan peranti 5G BlackBerry pada tahun 2021 tetapi tidak menjadi kenyataan, akibat kekangan yang berlaku ketika COVID-19 merebak. OnwardMobility membaharu komitmen mereka dan menyatakan ia akan dilancarkan pada tahun 2022, tetapi ia nampaknya tidak akan berlaku kerana pembatalan ini.

Selamat tinggal akhirnya BlackBerry. Terima kasih atas kenangan indah papan kekunci fizikal di telefon pintar.

[Sumber: PhoneArena]

Bacaan Berkaitan

  • Selamat tinggal BlackBerry 5G sekali lagi, dan untuk selamanya
  • BlackBerry masih hidup, akan kembali dengan papan kekunci dan 5G tahun ini
  • Telefon BlackBerry dengan papan kunci fizikal akan datang kembali
  • TCL ucap selamat tinggal, adakah ini pengakhiran BlackBerry?
Tags: BlackBerryOnwardmobility
Najib

Najib

POPULAR

Ini Jawapannya Jika Anda Mencari Telefon Kalis Hacker

OnwardMobility sahkan projek BlackBerry 5G telah tamat

21 February 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN