• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei umum kemas kini Matebook X Pro dan Matebook E di MWC 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:18 pm
  • 28/02/2022
  • Komen
Huawei umum kemas kini Matebook X Pro dan Matebook E di MWC 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah melancarkan beberapa produk komputer sejurus MWC 2022 mengangkat tirainya. Antara yang menarik adalah dua komputer berasaskan Windows 11 dan satu lagi adalah tablet berasaskan HarmonyOS.

MatePad Paper, hanya ada satu sebab kenapa anda akan dapatkannya – SoyaCincau.com



Spesifikasi Matebook X Pro (2022)

Matebook X Pro 2022 menampilkan paparan sebesar 14.2” dengan panel IPS LCD peka sentuhan pada resolusi 3120×2080 (QHD+) dengan refresh rate pada paras 90Hz.

Atas papan utama, Huawei mengenakan laptop ini dengan cip Intel Core i7-1195G7 yang ada GPU Intel Iris Xe di atasnya. Bersama-sama dengan cip tersebut adalah RAM  16GB LPDDR4X dan storan 1TB SSD NVMe.



Port I/O untuk edisi 2022 lebih mewah berbanding tahun lepas. Kali ini, anda terima 4 port USB-C dan 1 jek audio 3.5mm. Lagi yang ditambah baik adalah pada bahagian penyejukan. Ia masih menggunakan teknologi kipas Shark Fin berkembar tapi corong mengambil udaranya ada tambahan daripada dua kepada tiga.

Baterinya laptop ini turut telah dipertingkat daripada 57W kepada 60W. Pengecas 90W dibekalkan bersama unit ini untuk mengisi bateri. Hayat bateri tidak pula dikongsikan, tapi jika spesifikasi edisi 2021 diambil kira, anda boleh jangkakan sekitar 10 jam lamanya.

Walaupun masih tiada harga rasmi Malaysia dikongsikan, anda boleh jangkakan yang ia adalah tinggi. Sebagai perbandingan, Matebook Pro X 2021 anda boleh dapatkan pada harga RM6,899 (Lazada & Shopee), itupun dengan storan 512GB dan CPU Core i5-1135G7.

Spesifikasi Matebook E

Kalau Huawei Matepad Pro tidak menarik minat anda disebabkan tiada Google Mobile Services (GMS), Matebook E mungkin adalah penyelesaian kepada anda. Ia adalah laptop 2-dalam-1 yang menjalankan sistem operasi Windows 11.

Anda dapat sebuah tablet sebesar 12.6” dengan paparan OLED beresolusi 2560 x 1600. Ada dua kamera, satu dibahagian depan dan satu lagi di bahagian belakang yang masing-masing diberikan sensor 8MP dan 13MP.

Tablet ini melekat kepada papan kekuncinya dengan kuasa magnet dan ia berfungsi seperti papan kekunci biasa dengan pemukaan peka sentuhan untuk mengawal kursor tetikus.

Atas papan utama, Matebook E diperkasa cip Intel Core i3, i5 ataupun i7 generasi ke-11. Bersama-sama dengan cip tersebut, anda beroleh sekurang-kurangnya 8GB LPDDR4x dan SSD NVMe seluas sekurang-kurangnya 256GB.

Hanya ada satu port USB-C pada komputer ini tapi ia menyokong Thunderbolt 4 untuk semua aksesori USB kegemaran anda. Di dalam badan komputer ini ada bateri berkapasiti 42Whr dan blok pengecas 65W diberikan untuk mengisinya. Seperti Matepad Paper, Matebook E juga menyokong stailus M-Pencil tapi tidak pula diketahui sama ada stailus ini didatangkan bersama dengan setiap pembeliana ataupun tidak.

Berkut adalah harga Matebook E di dalam pasaran Eropah:

  • Matepad E Core-i3 – EUR649 (RM3,049)
  • Matepad E Core-i5 – EUR999 (RM4,695)
  • Matepad E Core-i7 – EUR1,399 (RM6,575)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei umum kemas kini Matebook X Pro dan Matebook E di MWC 2022

Huawei umum kemas kini Matebook X Pro dan Matebook E di MWC 2022

28 February 2022
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN