• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung sengaja rendahkan prestasi peranti flagship terbaru mereka dengan GOS?

  • OLEH Najib
  • 3:25 pm
  • 03/03/2022
  • Komen
Hadiah tempahan awal habis, Samsung kini ada hadiah baru untuk pembeli Galaxy S22
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, ada laporan daripada pengguna peranti flagship terbaru Samsung iaitu Galaxy S22 di Korea Selatan, yang mengatakan bahawa peranti mereka tidak menunjukkan prestasi tinggi yang sepatutnya. Ia kerana sebuah perisian yang dimuatkan Samsung ke dalamnya, dinamakan ‘Game Optimization Service’ (GOS).

Aplikasi GOS ditemui telah dipasang siap ke dalam beberapa model baru telefon pintar dan tablet Samsung Galaxy. Apabila GOS mengesan permainan video dilancarkan, ia akan diaktifkan dan menurunkan kualiti skrin seperti merendahkan resolusi dan kadar bingkai sesaat, serta mengurangkan prestasi GPU.



Lebih teruk lagi, GOS ditemui mengehadkan prestasi terhadap aplikasi selain permainan video juga. Ia dikatakan mahu mengelakkan peranti daripada terlampau panas dan menggunakan tenaga bateri berlebihan.

Pengguna twitter @GaryeonHan telah menemui senarai yang menunjukkan lebih 10,000 aplikasi yang dihadkan prestasinya oleh GOS. Ia termasuk aplikasi YouTube Vanced, Strava, Foodpanda, Microsoft Office, LinkedIn, dan Zoom.



Samsung created an app called GOS and used the app to limit game performance, making the gaming experience worse. However, according to what the Korean community found out today, Samsung confirmed that it has put performance limits on more than 10,000 apps… pic.twitter.com/U58AreZZoo

— 한가련 (@GaryeonHan) March 2, 2022

GaryeonHan menambah, GOS mengenakan sekatan prestasi termasuk di waktu tidak diperlukan, seperti suhu peranti masih dalam julat yang tidak terlalu panas. Tetapi lebih menarik lagi, senarai ini tidak memasukkan aplikasi penanda aras seperti 3DMark dan Geekbench di dalamnya.

Kerana itu, beberapa pengguna telah cuba membuat perubahan pada permainan video dengan menyamarkannya sebagai aplikasi penanda aras. Contohnya, nama Genshin Impact ditukar kepada 3DMark, seperti yang dicuba oleh YouTuber Korea Selatan ini:

Dapat dilihat bahawa perubahan nama ini memberi kesan langsung kepada prestasi perisian yang dijalankan. Malah, prestasi GPU dikesan menurun lebih 50%.

Manakala di forum Clien, percubaan menukar nama aplikasi diuji di beberapa peranti Samsung iaitu Galaxy S10 5G, Galaxy S20 Ultra, Galaxy S21 Ultra dan Galaxy S22 Ultra. Walaupun penurunan prestasi tidak besar di Galaxy S10 5G, perbezaan ketara dapat dilihat pada Galaxy S22 Ultra.

Walaupun Samsung masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi, sumber dalaman mengatakan perkara ini sedang disiasat. Samsung akan memberi maklum balas dalam masa terdekat.

Apple dahulu pernah cuba menyekat prestasi iPhone, tetapi ia apabila peranti telah berusia bagi menjaga hayat bateri yang berkurangan. Apa yang dilakukan GOS pada peranti Samsung ini dilihat lebih teruk dan menimbulkan kemarahan lebih dahsyat, kerana mengehadkan prestasi pada peranti serba baharu.

Samsung mungkin masih dihantui kes Galaxy Note 7, tetapi mereka seharusnya telah menemui langkah yang lebih selamat untuk memastikan potensi prestasi boleh dikeluarkan sehabis mungkin. Pengeluar peranti lain tidak lagi terikat dengan mengehadkan prestasi peranti, malah berani melancarkan pengecasan pantas melebihi 100W, sedangkan Samsung masih ditakuk 45W yang prestasi serupa 25W sahaja.

[Sumber: PhoneArena]

Bacaan Berkaitan

  • Pengecas 45W di Galaxy S22+ dan S22 Ultra hampir tiada beza dengan pengecas 25W
  • Apple Perlahankan iPhone Lama Bersebab
Tags: samsungSamsung Galaxy S22Samsung GOS
Najib

Najib

POPULAR

Hadiah tempahan awal habis, Samsung kini ada hadiah baru untuk pembeli Galaxy S22

Samsung sengaja rendahkan prestasi peranti flagship terbaru mereka dengan GOS?

3 March 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER