• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kejayaan perkongsian rangkaian 4G, boleh diteruskan bagi menjayakan pembangunan 5G

  • OLEH Najib
  • 5:43 pm
  • 08/03/2022
  • Komen
Kejayaan perkongsian rangkaian 4G, boleh diteruskan bagi menjayakan pembangunan 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Empat syarikat telekomunikasi utama di Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, telah mengeluarkan kenyataan rasmi bersama menerangkan tentang pencapaian mereka di bawah program JENDELA. Pada tahun 2021, mereka telah berjaya mengatasi sasaran yang ditetapkan iaitu meningkatkan populasi 4G ke 95.4%. Secara keseluruhan, sebanyak 13,807 stesen pangkalan dinaik taraf kepada 4G dan 250 menara 4G baharu telah dibangunkan.

Pencapaian membanggakan melebihi sasaran awal ini dikatakan adalah hasil kerjasama di antara kesemua pengendali rangkaian mudah alih (Mobile Network Operator, MNO). Ini termasuk perkongsian infrastruktur, menara dan lebar jalur antara MNO yang telah biasa diamalkan secara meluas di Malaysia sejak 2005. Ia juga termasuk Perayauan Domestik (suara) 2G untuk kapasiti lebar jalur kepada perkongsian 3G (suara dan data) serta kini, 4G MOCN (Rangkaian Teras Operator Berbilang).



Kenyataan tersebut turut menjelaskan, kerjasama untuk meluaskan liputan 4G di kawasan pendalaman di bawah Fasa 1 JENDELA memerlukan perkongsian yang serupa. Oleh itu sumber minimum diperlukan dengan kerjasama daripada MNO, untuk memastikan kapasiti 5G mencukupi serta keupayaan untuk mengutamakan pembangunan 5G dengan berkesan dan lancar.

Perkara ini selaras dengan cadangan yang telah ditimbulkan oleh empat MNO sebelum ini, iaitu menubuhkan syarikat 5G kedua di samping Digital Nasional Berhad (DNB). Ia untuk membenarkan konsortium MNO dibentuk, bagi membangunkan rangkaian 5G dengan lebih berkesan.



Kerjasama industri sebegini dikatakan amat penting, terutamanya bagi memastikan kesinambungan di kawasan luar bandar atau pendalaman dengan populasi yang kurang padat, sukar untuk diakses dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga untuk mengekalkan persaingan sihat di kawasan lebih padat.

Di Malaysia, perkongsian rangkaian MOCN, telah dilaksanakan untuk membolehkan perluasan liputan yang pantas bagi pengendali baharu dan semakin berkembang dengan binaan rangkaian kompetitif tersendiri, contohnya perjanjian 2012 hingga 2019 antara Maxis dan U Mobile untuk menyediakan perayauan domestik 2G di seluruh negara dan 3G MOCN di kebanyakan kawasan untuk pelanggan U Mobile. Celcom dan U Mobile juga telah bekerjasama melalui perjanjian perayauan domestik 2G komersial antara 2007 hingga 2019. Celcom dan Digi telah bekerjasama dalam infrastruktur pasif bermula dengan perkongsian dan penyatuan tapak sejak 2011; dan pada 2013 berkongsi inisiatif untuk bersama membina dan berkongsi 10,000 km kabel gentian di seluruh negara.

Ujian MOCN 5G oleh Celcom dan Maxis

Perkongsian untuk pembangunan 5G sesama MNO sebenarnya bukan perkara baharu. Celcom dan Maxis sebenarnya telah membuat ujian MOCN 5G di Langkawi pada tahun 2020, untuk menunjukkan bagaimana 5G boleh dibangunkan dengan pantas dan efisyen. Setahun kemudian, empat MNO ini telah berkongsi menara 4G yang dihoskan oleh U Mobile di Betong, Sarawak sebagai sebahagian dari program menara telekomunikasi SMA. Ini adalah menara MOCN 3G dan 4G pertama di Malaysia yang membenarkan MNO menggunakan rangkaian teras mereka untuk menawarkan pelbagai pakej melalui perkongsian infrastruktur.

MOCN ialah mekanisme perkongsian Rangkaian Akses Radio (RAN) yang membolehkan berbilang MNO berkongsi RAN atau liputan mudah alih yang sama. Melalui kaedah ini, syarikat telekomunikasi telah memanfaatkan tapak mereka serta peralatan radio. Pelaksanaan MOCN bagi 3G dan 4G telah menunjukkan bahawa kaedah yang sama turut diperlukan bagi memacu liputan rangkaian 5G.

Celcom, Digi dan Maxis juga telah menandatangani perjanjian kerjasama pada tahun 2020, untuk membangun dan berkongsi infrastruktur fiber, bagi pelaksanaan fibre backhaul ke pangkalan yang lebih cekap, serta mengelak pertindihan infrastruktur fiber di negara ini. Kerjasama ini akan membolehkan peningkatan kesalinghubungan 4G kepada rakyat Malaysia dan meningkatkan infrastruktur fiber selaras sasaran yang ditetapkan di bawah JENDELA, serta mempersiapkan infrastruktur menara untuk 5G di masa hadapan.

Untuk mempersiapkan 5G di Malaysia seperti yang diidamkan oleh MyDigital, empat MNO ini menyatakan bahawa infrastruktur gentian yang lebih padat diperlukan untuk mencapai prestasi utama 5G, iaitu kependaman rendah, kelajuan data yang lebih tinggi, kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan kapasiti untuk mengurus lebih banyak sambungan peranti.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, kerajaan akan membuat keputusan tentang rancangan pembangunan 5G pada hari Jumaat ini.

Bacaan Berkaitan

  • CEO DNB jawab 15 persoalan Ahli Parlimen Bangi tentang pembangunan 5G Di Malaysia
  • Celcom, Digi, Maxis & U Mobile mahu kerajaan wujud syarikat 5G kedua
  • Celcom dan Maxis berjaya dalam ujian perkongsian 5G
  • Perjanjian kerjasama antara Celcom, Digi dan Maxis, langkah penting pembangunan 5G di Malaysia
Tags: 5gcelcomdigiJENDELAmaxisu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Kejayaan perkongsian rangkaian 4G, boleh diteruskan bagi menjayakan pembangunan 5G

Kejayaan perkongsian rangkaian 4G, boleh diteruskan bagi menjayakan pembangunan 5G

8 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER