• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hantar mesej lucah di WhatsApp, pemandu lori didenda RM6,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:07 pm
  • 10/03/2022
  • Komen
Hantar mesej lucah di WhatsApp, pemandu lori didenda RM6,000
Share on FacebookShare on Twitter

Bagaimana agaknya boleh terlintas dalam fikiran seseorang, untuk hantar mesej lucah pada individu yang tak dikenali? Pelik dan tidak beradab, tapi perkara ini berlaku dalam kalangan masyarakat.

Secara sedar hantar mesej lucah melalui WhatsApp

Akibat menghantar mesej lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita yang tidak dikenali, seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen, selepas dirinya mengaku bersalah. Hakim, Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Razman Ramli, 32, selaku Orang Kena Saman (OKS). Dia diperintah untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.



Mohd Razman didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat lucah itu, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Perkara ini dilakukannya dua tahun lepas. Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana dia adalah bapa tunggal yang perlu menanggung dua anak masih kecil dan ibu yang uzur. Dia juga menyesal melakukan perbuatan itu serta janji tidak akan mengulanginya.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nur Nazhzilah Mohammad Hashim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.



Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Sepang pula, seorang pekerja kontrak mengaku bersalah atas 12 pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah menggunakan aplikasi media sosial. Muhammad Hakim Habibullah, 31, selaku OKS membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Noorhisham Mohd Jaafar. Namun, hukuman untuknya masih belum dijatuhkan. Mahkamah menetapkan 30 Mac untuk fakta kes, jatuh hukum dan lantikan peguam.

Ada banyak kejadian seperti ini berlaku sebenarnya. Berdasarkan kes yang dikongsikan ini, mangsa-mangsa dilihat telah melakukan tindakan yang bijak dengan melaporkan kejadian itu pada pihak berkuasa. Oleh itu, jika anda pernah menjadi mangsa gangguan komunikasi secara dalam talian, maklumkanlah ia kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Selain itu, anda juga boleh elakkannya dari berlaku di media sosial dengan menetapkan perlindungan privasi di media sosial.

[Sumber: Awani, Awani]

Tags: SKMM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Hantar mesej lucah di WhatsApp, pemandu lori didenda RM6,000

Hantar mesej lucah di WhatsApp, pemandu lori didenda RM6,000

10 March 2022
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN