• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Super+: Pelan tanpa had penerbangan domestik dan Asia Tenggara serta penghantaran makanan

  • OLEH Najib
  • 2:33 pm
  • 28/03/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah dengan tentang pas penerbangan tanpa had AirAsia sebelum ini? Ada Pas AirAsia Cuti-Cuti Malaysia dan Pas ASEAN Unlimited. Hari ini, AirAsia melancarkan pas yang hampir serupa tetapi lebih baik lagi, dipanggil pelan SUPER+. Ia bukan sahaja memberikan penerbangan tanpa had kepada pelanggan, tetapi ditambah dengan penghantaran tanpa had untuk pembelian makanan di aplikasi AirAsia Super App serta insuran COVID-19.

Pelan langganan SUPER+ yang baharu ini menawarkan faedah menarik seperti berikut:



  • Penebusan penerbangan tanpa had di semua syarikat penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK, FD, QZ, Z2) di rantau ini, untuk destinasi domestik dan antarabangsa.
  • Penghantaran percuma tanpa had untuk pesanan AirAsia Food di seluruh negara dan lokasi di mana perkhidmatan itu tersedia (Malaysia, Indonesia, Thailand).
  • Perlindungan Insurans Sebelum Berlepas COVID-19.

Bagaimanapun, jualan pelan SUPER+ ini terhad masa dan kuantitinya. Ia hanya terbuka kepada 200,000 pembeli pertama, tidak kira di negara mana mereka berada. Tempoh jualan pelan SUPER+ pula hanya dibuka dari hari ini, 28 Mac sehingga 2 April 2022, iaitu 6 hari sahaja.

Manakala untuk penerbangan, ia boleh ditebus di antara 28 Mac 2022 sehingga 27 Mac 2023, untuk penerbangan di antara 11 April 2022 sehingga 10 April 2023 sahaja. Bagaimanapun, ada tarikh ‘hitam’ di mana pelan ini tidak boleh digunakan, kebanyakan sewaktu hari cuti berkaitan negara tersebut, seperti Hari Raya.



Tarikh penerbangan yang tidak boleh ditebus pengguna SUPER+

Penerbangan yang ditebus melalui SUPER+ masih tertakluk pada cukai dan bayaran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj lain-lain. Tempahan penerbangan pula mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas, dan tertakluk pada tempoh ‘hitam’ serta terma dan syarat lain.

Harga langganan pelan SUPER+ ini pula adalah:

  • Malaysia – RM 639
  • Thailand – THB 4,999
  • Indonesia – IDR 2.300.000
  • Filipina – PHP 6,599

Pengguna yang berminat, boleh membeli pelan SUPER+ ini menerusi aplikasi AirAsia Super App dengan menekan ikon ‘SUPER+’ di halaman utama. Bayaran yang diterima adalah kad debit/kredit dan perbankan dalam talian.

Semua pelanggan juga akan menikmati Perlindungan Insurans Sebelum Berlepas COVID-19, yang akan membolehkan mereka menuntut manfaat insurans sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 dalam masa 7 hari sebelum tarikh perlepasan yang dijadualkan.

AirAsia Credit tidak diterima

Sewaktu ditanya media, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan bahawa pengguna yang memiliki AirAsia Credit kerana penerbangan dibatalkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, tidak boleh membeli pelan SUPER+ menggunakan kredit ini. Bagaimanapun, kredit tersebut boleh digunakan untuk membuat bayaran lain berkaitan penerbangan seperti cukai dan membeli tambahan bagasi atau makanan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara melanggan pelan SUPER+, layari laman web AirAsia SUPER+. Rujuk juga terma dan syarat serta soalan lazim (FAQ).

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia lancar pas Asean Unlimited, terbang tanpa had sehingga Mac 2022 hanya RM599
  • Pas AirAsia ASEAN Unlimited berbaloikah? Ini perkara anda wajib tahu sebelum membeli
  • Terbang tanpa had dalam Malaysia dengan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia
  • Bayar RM499 Dan Terbang Tanpa Had Dengan Pas Air Asia Unlimited

Tags: AirAsiaAirAsia SuperAirAsia SUPER+
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia Super+: Pelan tanpa had penerbangan domestik dan Asia Tenggara serta penghantaran makanan

28 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER