Pas AirAsia ASEAN Unlimited berbaloikah? Ini perkara anda wajib tahu sebelum membeli

AirAsia baru sahaja melancarkan pas ASEAN Unlimited yang membolehkan individu terbang tanpa had sama ada dalam Malaysia (domestik) atau pun di negara ASEAN. Pas ini sah digunakan dari 17 Mac 2021 sehingga 26 Mac 2022.

Dengan harga RM599, ia bukan sahaja boleh digunakan untuk tempahan penerbangan, malah boleh digunakan juga untuk penghantaran percuma tanpa had bagi sebarang pembelian di platform e-dagang AirAsia. Namun, sebelum membuat tempahan penerbangan, ada beberapa perkara yang penumpang harus tahu.

Bayar dengan BigPay untuk potongan harga RM50

Pembelian Asean Unlimited akan menikmati potongan harga RM50 jika menggunakan kad BigPay yang dikeluarkan di Malaysia. Potongan harga akan ditunjukkan secara automatik di halaman pembayaran setelah memasukkan butiran kad BigPay yang sah.

Penerbangan domestik

Sebelum melakukan tempahan, anda harus periksa laman sesawang AirAsia untuk ketahui ketersediaan penerbangan yang anda mahukan, terutamanya apabila sempadan dibuka semula. Selain itu, hanya penerbangan dengan kod AK sahaja boleh digunakan dengan pas ini.

Pas ini boleh digunakan untuk penerbangan domestik dari lokasi berikut iaitu:

  1. Kuala Lumpur dari/ke:
    • Alor Setar
    • Langkawi
    • Pulau Pinang
    • Johor Bharu
    • Kuching
    • Sibu
    • Bintulu
    • Miri
    • Labuan
    • Kota Kinabalu
    • Sandakan
    • Tawau
  1. Langkawi dari/ke:
    • Kuala Lumpur
    • Pulau Pinang
    • Johor Bahru
    • Ipoh
    • Kota Bharu
    • Kuching
  1. Pulau Pinang dari/ke:
    • Kuala Lumpur
    • Langkawi
    • Johor Bahru
    • Kota Kinabalu
    • Kuching
    • Kota Bharu
    • Sibu
  1. Johor Bahru dari/ke:
    • Kuala Lumpur
    • Alor Setar
    • Langkawi
    • Pulau Pinang
    • Ipoh
    • Kota Kinabalu
    • Kuching
    • Sibu
    • Miri
    • Tawau
    • Kota Bharu
    • Bintulu
  1. Kota Kinabalu dari/ke:
    • Kuala Lumpur
    • Pulau Pinang
    • Johor Bahru
    • Kota Bharu
    • Kuching
    • Sibu
    • Bintulu
    • Miri
    • Sandakan
    • Tawau
    • Terengganu
  1. Kucing dari/ke:
    • Kuala Lumpur
    • Pulau Pinang
    • Kota Bharu
    • Johor Bahru
    • Kota Kinabalu
    • Miri
    • Bintulu
    • Sibu
    • Langkawi

Penerbangan ASEAN

  1. Singapura
  2. Thailand
  3. Indonesia
  4. Filipina
  5. Vietnam
  6. Laos
  7. Brunei
  8. Kemboja
  9. Myanmar

Pilih penerbangan tertulis diskaun 100%

Penerbangan bertanda 100% off adalah penerbangan yang boleh ditebus oleh pemegang pas ASEAN Unlimited. Diskaun 100% hanyalah pada kos tiket. Sekiranya anda mahu menambah add-on, anda perlu membayar item tambahan itu kerana ia tidak termasuk dalam pakej pas ini.

Jumlah yang ditunjukkan adalah cukai lapangan terbang dan bayaran lain untuk sektor itu. Seperti gambar di bawah, RM12 sahaja yang perlu dibayar oleh pemegang pas dan itu merupakan kos cukai yang dikenakan terhadap penumpang.

Berikut merupakan lokasi lain dengan harga cukai.

Kuala Lumpur ke Langkawi return, jumlah cukai RM24.

Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu return, jumlah cukai RM24.

Kuala Lumpur ke Kota Bharu return, jumlah cukai RM24.

Kuala Lumpur ke Singapura return, jumlah cukai RM216.

Kuala Lumpur ke Jakarta return, jumlah cukai RM132.

Kuala Lumpur ke Bangkok return, jumlah cukai RM145.60

Kuala Lumpur ke Siem Reap return, jumlah cukai RM158.00

Sekiranya penerbangan yang anda pilih tidak ada tanda 100% off, kemungkinan tarikh itu tidak tersedia untuk penebusan. Jadi, anda perlu pilih tarikh lain.

Bagaimana jika ingin tambah penumpang bayi atau kanak-kanak?

Untuk tambah penumpang bayi atau kanak-kanak, anda akan dikenakan bayaran seperti yang ditentukan dalam jadual biaya. Untuk tambah penumpang berusia 2 tahun ke bawah, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Pergi ke airasia.com dan log masuk sebagai ahli BIG.
  2. Pergi ke bahagian My Bookings dan tekan Manage untuk tempahan tertentu
  3. Tekan Manage booking
  4. Pergi ke bahagian butiran tetamu dan klik pada Add infant
  5. Masukkan maklumat seperti nama, jantina dan tarikh lahir
  6. Klik pada Confirm Changes
  7. Selesaikan pembayaran.

Untuk menambah penumpang berusia 3 sehingga 12 tahun, anda perlu mengunjungi pejabat jualan AirAsia. Sertakan juga jadual perjalanan dan identiti asal anak anda kad atau pasport untuk tujuan pengesahan dan tempahan.

Tidak hadir dan tukar penerbangan

Anda hanya dibenarkan tidak hadir untuk mana-mana penerbangan maksimum 3 kali sahaja apabila menempah dengan pas ini. AirAsia berhak untuk membatalkan pas Asean Unlimited jika anda tidak hadir melebihi 3 kali.

Setelah penerbangan dengan Asean Unlimited berjaya ditebus dan tempahan disahkan, perubahan tarikh boleh dibuat melalui My Bookings. Namun ia bergantung pada ketersediaan penerbangan dan perbezaan harga bayaran mungkin dikenakan.

Tiada pulangan wang (refund) untuk pembelian pas ini. Jika tidak menggunakannya maka pembeli sendiri yang rugi. Namun, sekiranya sempadan Negara masih di tutup, mungkin AirAsia akan lanjutkan tempoh pas ini sama seperti pas tanpa had cuti-cuti Malaysia dan AirAsia Unlimited Pass.

Tempah 2 penerbangan hari yang sama

Pemilik pas boleh menempah hanya dua penerbangan untuk perjalanan pada hari yang sama. Walaubagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk tempah penerbangan perjalanan yang sama pada waktu dan hari yang sama seperti tempahan pertama.

Tarikh blackout

Pass ini tidak boleh digunakan bagi tarikh perjalanan berikut menuju ke beberapa lokasi:

  • 9 – 18 Apr 2021 (Songkran) – Thailand
  • 26 Mar – 6 Apr 2021 (Minggu Suci) – Filipina
  • 1 – 6 Apr 2021 (Minggu suci) – Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar
  • 1 – 6 Mei 2021 (Hari pekerja) – Semua kecuali Filipina
  • 7 – 18 Mei 2021 (Hari raya) – Semua kecuali Filipina
  • 1 – 14 Jun 2021 (Cuti sekolah) – Semua kecuali Filipina
  • 16 – 25 Jul 2021 (Hari Raya Haji) – Semua Negara
  • 6 – 10, 27- 31 Ogos 2021 (Awal Muharram & Merdeka) – Semua Negara
  • 16 – 19 Sep 2021 (Hari Malaysia) – Semua Negara
  • 10 – 20 Sep 2021 (cuti sekolah) – Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar
  • 15 – 20 Okt 2021 (Maulidur Rasul) – Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam
  • 3 – 8 Nov 2021 (Deepavali) – Semua Negara
  • 9 – 31 Dis 2021 (Cuti hujung tahun) – Semua Negara
  • 1 – 10 Jan 2022 (Cuti tahun baru) – Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam
  • 28 Jan – 7 Feb 2022 (Tahun baru Cina) – Semua Negara

Berbaloikah pas ini?

Saya membuat perbandingan harga jika menempah penerbangan dengan menggunakan pas ASEAN Unlimited dan tanpa menggunakannya. Pemegang pas akan jimat lebih banyak kerana kos bayaran rendah dan penerbangan boleh dilakukan tanpa had.

Contoh, penerbangan dari KL ke Johor Bahru pada 23/4/2021 dan kembali dari Johor ke KL pada 26/4/2021 berharga RM158, tanpa menggunakan pas dan tanpa menambah apa-apa add-ons.

Namun, apabila menggunakan pas ASEAN Unlimited, jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM24 sahaja.

Sama juga untuk penerbangan ke luar Negara. Saya ambil contoh Bangkok, Thailand. Penerbangan menggunakan pas dilihat sangat murah berbanding tanpa menggunakan pas.

Berapa kali terbang nak balik modal?

Contoh dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dah jimat RM 134 sehala. Katakanlah balik pun sama harga, dah jimat RM268. Maknanya, dah pulang modal RM599 kalau pergi 5 kali ke lokasi yang sama. Kalau pergi KL-Bangkok jimat RM299 kan, pergi balik dua kali dah balik modal.

Jadi, ia sangat berbaloi kalau anda rasa akan gunakan sekurangnya 3 kali pergi balik dalam negara, atau ada perancangan nak pergi negara ASEAN sebelum Mac 2022.

Tetapi anda harus ingat, pas ini tidak boleh digunakan pada semua tarikh. Ia hanya sah pada tarikh tertentu dan waktu yang ditetapkan oleh AirAsia sahaja. Penerbangan ASEAN pula bergantung kepada pembukaan sempadan antarabangsa juga.

Untuk melakukan pembelian pas ASEAN Unlimited, anda boleh lakukannya di sini.