• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple turunkan pengeluaran iPhone SE dan beberapa produk lain

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:40 am
  • 29/03/2022
  • Komen
Apple turunkan pengeluaran iPhone SE dan beberapa produk lain
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dilaporkan telah mengarahkan kontraktor-kontraktor pengeluaran iPhone SE mengurangkan output sekitar 20% ataupun sehingga 3 juta daripada biasa. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut.

Antaranya adalah ketegangan Ukraine-Rusia yang berlanjutan memberi impak pada inflasi, ditambah pula dengan langkah Apple menghentikan penjualan produk Apple di pasaran Russia. Selain itu, mereka turut jangkakan yang model ini tidak akan laku keras berdasarkan data prestasi dua generasi iPhone SE yang terdahulu.



Bukan setakat iPhoe SE sahaja yang diturunkan pengeluaran, AirPods dan barisan iPhone 13 juga diturunkan pengeluaran.

iPhone SE (2022) diumumkan Apple awal Mac 2021 yang lalu. Ia masih membawakan rupa paras iPhone 8 tapi telah menaik taraf cip pemproses kepada Apple A15 Bionic. Hasilnya ia menerima beberapa ciri baharu pada kamera dan lebih penting, kini menyokong rangkaian 5G.



Lain-lain spesifikasi masih dikekalkan seperti paparan LCD 4.7” HD+ dengan Touch ID di bahaigan dagu. Kamera depan dan belakang pun masih sama iaitu kamera 7MP dan kamera 12MP.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan seunit iPhone SE, ia sudahpun mula dijual 25 Mac 2022 lalu.Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • iPhone SE 64GB – RM2,099
  • iPhone SE 128GB – RM2,299
  • iPhone SE 256GB – RM2,799

Sumber: NikkeiAsia

Bacaan berkaitan

Ini naik taraf iPhone SE (2022) yang perlu anda tahu tapi tidak diumumkan secara rasmi – SoyaCincau.com

iPhone SE generasi ketiga lebih berkuasa, ditambah 5G serta dinaikkan harga – SoyaCincau.com

Apple Event pada 8 Mac, jangkakan kemunculan iPhone SE 5G, iPad Air 5G dan cip Apple M2 – SoyaCincau.com

Tags: airpodsappleApple Airpodsapple iphoneApple iphone 13apple iphone seiphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple turunkan pengeluaran iPhone SE dan beberapa produk lain

Apple turunkan pengeluaran iPhone SE dan beberapa produk lain

29 March 2022
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN