• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Realme umumkan tidak sertakan pengecas, bermula dengan Narzo 50A Prime

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:07 am
  • 07/04/2022
  • Komen
Realme umumkan tidak sertakan pengecas, bermula dengan Narzo 50A Prime
Share on FacebookShare on Twitter

Satu demi satu pengeluar menyisihkan blok pengecas daripada dikepilkan bersama setiap pembelian telefon baharu. Kali ini kita ada Realme yang telah membuat pengumuman di salah satu saluran rasmi mereka.

Menurut Realme, Narzo 50A Prime tidak hadir dengan pengecas di dalam kotak. Ada beberapa sebab kenapa pengeluar itu berbuat demikian dan alasannya hampir sama dengan Apple, Samsung, dan beberapa pengeluar lain.



Menurut Realme, mereka berpendapat yang sudah ada banyak pengecas 10W dimiliki pengguna dan mereka berusaha untuk memacu inisiatif persekitaran mapan.

Bukan sahaja mesra persekitaran, Realme turut menambah, penjimatan yang mereka nikmati akan diterjemah kepada prestasi cipset lebih baik dan naik taraf pada panel paparan serta beberapa naik taraf komponen lain supaya harganya lebih kompetitif berbanding telefon sekelas dengannya.



Sebelum anda melenting, produk yang terlibat dengan tindakan tidak menyertakan kepala pengecas setakat ini cumalah Narzo 50A Prime, produk-produk mereka yang lain masih disediakan blok pengecas. Namun, ia tidak bermakna yang Realme tidak akan memperluas langkah ini kepada produk-produk lain pada masa yang akan datang.

Spesifikasi Realme Narzo 50A Prime

Pengguna di Malaysia boleh dapatkan Realme Narzo 50A Prime pada harga RM629 (4+64) atau RM679 (4+128).

Ia adalah sebuah telefon 6.6” FHD+ yang diperkasa SoC Unisoc T612. Untuk mengamil gambar, ia ada trikamera belakang dengan kombinasi kamera utama 50MP dan dua kamera 2MP untuk makro dan B&W. Selfie pula diambil dengan kamera 8MP.

Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan 18W. Namun pada halaman senarai apa yang terkandung dalam kotak, memang blok pengecas tidak disertakan.

sumber

Sumber: Realme

Bacaan berkaitan

Pemilik iPhone 12 perlu beli kepala pengecas dan fon kepala berasingan – SoyaCincau.com

Selepas pengecas, cuba teka aksesori seterusnya yang akan Samsung buang dari telefon – SoyaCincau.com

Kenapa buang pengecas & fon telinga? Pegawai atasan Samsung menjawab beberapa persoalan siri Galaxy S21 – SoyaCincau.com

Tags: RealmeRealme NarzoRealme Narzo 50A Prime
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme umumkan tidak sertakan pengecas, bermula dengan Narzo 50A Prime

Realme umumkan tidak sertakan pengecas, bermula dengan Narzo 50A Prime

7 April 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN