• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 9, telefon pertama dengan sensor Samsung HM6 108MP akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:24 pm
  • 13/04/2022
  • Komen
Realme 9, telefon pertama dengan sensor Samsung HM6 108MP akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia nampaknya tidak berhenti-henti melancarkan telefon pintar mereka tahun ini. Selepas melancarkan Realme 9i, Realme 9 Pro dan Realme 9 Pro+, tidak lama lagi satu lagi model dalam keluarga ini akan tiba ke Malaysia. Ia membawakan nama, Realme 9.

Menurut Realme, telefon pintar Realme 9 kelak akan menjadi telefon pintar pertama tiba di Malaysia yang menggunakan sensor kamera Samsung ISOCELL HM6 108MP. Ia akan dilancarkan di Malaysia pada 20 April 2022 dengan harga dimaklumkan akan berada di bawah RM1,000.



Sensor Samsung ISOCELL HM6 dilengkapi teknologi NonaPixel Plus, naik taraf daripada penyelesain 3Sum-3Avg kepada 9Sum. Ia menggabungkan 9 piksel berhampiran kepada satu piksel besar, meningkatkan kemampuan penyerapan cahaya sehingga 123%, jika dibandingkan dengan sensor Samsung ISOCELL HM2. Ini menjadikan tangkapan gambar lebih cerah dalam suasana malap.

Di samping itu, piksel yang tinggi di sensor ISOCELL HM6 juga membolehkan Realme 9 menghasilkan gambar zum yang jelas dan menarik, serta mengekalkan ketelitian dalam setiap tangkapan. Pendek kata, menggunakan zum digital masih mampu menghasilkan gambar yang tajam.



Spesifikasi Realme 9

Kita boleh mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang Realme 9 kerana ia telah dilancarkan di India. Dijangka ia adalah model yang sama akan dilancarkan di Malaysia kelak.

Secara ringkas, Realme 9 memiliki spesifikasi yang lebih baik daripada Realme 9i. Realme 9i dijual di Malaysia berharga RM869 dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Pastinya harga Realme 9 lebih mahal sikit, mungkin RM999 dengan storan 128GB.

Realme 9 menggunakan cip yang sama dengan Realme 9i iaitu Snapdragon 680. Storannya jenis UFS 2.2 dan sedia menerima kad mikroSD untuk meluaskan storan.

Kelebihan ketara Realme 9 berbanding Realme 9i adalah di skrin. Ia menggunakan skrin Super AMOLED 6.4-inci HD Penuh, dengan kadar penyegaran 90Hz dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Seterusnya adalah di kamera. Realme 9 menggunakan kamera utama 108MP F1.75, bersama kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 16MP F2.45, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Bateri dan pengecas tidak berubah. Realme 9 dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W Dart USB-C. Lebih penting lagi, pengecas ada diberikan sekali. Jek audio 3.5mm juga masih ada.

Realme 9 menjalankan sistem operasi Realme UI 3.0 berasaskan Android 12. Di India, ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu emas, putih dan hitam.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 9i: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme 9 Pro+ & Realme 9 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme GT2 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme Narzo 50 dan 50A Prime: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: Realmerealme 9
Najib

Najib

POPULAR

Realme 9, telefon pertama dengan sensor Samsung HM6 108MP akan tiba di Malaysia

Realme 9, telefon pertama dengan sensor Samsung HM6 108MP akan tiba di Malaysia

13 April 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN