• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Platform hasilkan kesan kamera AR, Effect House kini dibuka kepada lebih ramai pengguna TikTok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:09 pm
  • 14/04/2022
  • Komen
Platform hasilkan kesan kamera AR, Effect House kini dibuka kepada lebih ramai pengguna TikTok
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Effect House versi beta telah dilancarkan, tapi dalam keadaan tertutup sejak hujung tahun lalu. Tidak ramai yang boleh mengaksesnya. Kini, TikTok membuka platform Effect House versi beta kepada lebih ramai pengguna.

Melaluinya pengguna boleh membuat kesan kamera AR sendiri dan kesan itu pula boleh digunakan oleh pengguna lain dalam video mereka di TikTok. Platform ini boleh digunakan oleh semua pencipta, pereka bentuk dan pembangun, ia disertakan juga alatan dan sumber untuk pengguna belajar menghasilkan kesan.



TikTok berkata kesan yang diserahkan akan tertakluk kepada garis panduan tertentu untuk diluluskan penggunaannya. Tiktok juga melarang kesan yang menggalakkan stereotaip negatif terhadap kumpulan yang dilindungi serta kesan yang menggambarkan pembedahan kosmetik, seperti pengisi bibir (lip fillers).

Dengan menyunting kesan kepada video, pencipta kandungan boleh ekspresikan diri mereka, menghiburkan dan berkongsi cerita dengan pengguna lain melalui pelbagai format yang menarik. Tapi, buat masa sekarang Effect House hanya tersedia untuk pengguna Mac dengan sistem pengendalian macOS 10.14+ ke atas.



Kesan seperti Green screen adalah perkara utama yang diketengahkan dalam kandungan video TikTok yang popular. Pencipta sering membuat video menggunakan kesan sebagai sebahagian daripada trend. Menurut TikTok, lebih 1.5 billion video yang menggunakan kesan telah menerima lebih dari 600 billion tontonan di seluruh dunia. Dengan adanya Effect House ini, maka lebih ramai pengguna boleh membangunkan kesan menarik dan kreatif untuk digunakan di Tiktok.

[Sumber: TheVerge]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Platform hasilkan kesan kamera AR, Effect House kini dibuka kepada lebih ramai pengguna TikTok

Platform hasilkan kesan kamera AR, Effect House kini dibuka kepada lebih ramai pengguna TikTok

14 April 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN