• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

4 bunga terpilih sebagai pemenang Shot on iPhone Macro Challenge

  • OLEH Najib
  • 1:56 pm
  • 14/04/2022
  • Komen
4 bunga terpilih sebagai pemenang Shot on iPhone Macro Challenge
Share on FacebookShare on Twitter

Awal tahun ini, Apple telah mengadakan pertandingan Shot on iPhone Challenge, menggunakan fungsi makro yang terdapat khusus di iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Pertandingan ini telah menerima penyertaan dari serata dunia dan kini Apple telah mengumumkan 10 pemenang sudah dipilih.

Pemenang yang terpilih berasal daripada China, Hungary, India, Italy, Sepanyol, Thailand, dan Amerika Syarikat. Gambar pemenang akan digunakan dan dipamerkan di laman web Apple.com, instagram @Apple dan papan tanda di seluruh dunia.



Rata-rata gambar pemenang adalah bertemakan tumbuh-tumbuhan dengan 4 pemenang mengambil gambar bunga dan dua gambar daun. Senarai pemenang dan gambar yang diambil adalah seperti berikut:

“Sea Glass” oleh Guido Cassanelli (Buenos Aires, Argentina)

“The Cave” oleh Marco Colletta (Taranto, Itali)

“Art in Nature” oleh Prajwal Chougule (Kolhapur, Maharashtra, India)

“A Drop of Freedom” oleh Daniel Olah (Budapest, Hungary)

“Leaf Illumination” oleh Trevor Collins (Boston, USA)

“Strawberry in Soda” oleh Ashley Lee (San Francisco, USA)

“Volcanic Lava” oleh Abhik Mondal (New Milford, New Jersey, USA)

“Honeycomb” oleh Tom Reeves (New York City, USA)

“Hidden Gem” oleh Jirasak Panpiansin (Chaiyaphum City, Thailand)

“The Final Bloom” oleh Hojisan (Chongqing, China)

Apple tidak menyatakan apakah hadiah atau ganjaran diberikan kepada pemenang. Perkara yang sama juga untuk semua gambar Shot on iPhone yang terpilih sebelum ini. Tetapi pastinya ada saguhati akan diberikan kepada pemenang.



Jika anda pengguna iPhone, anda boleh memuat naik gambar yang ditangkap dengan iPhone di instagram bersama tanda pagar #ShotOniPhone. Mungkin Apple akan melihat dan berminat untuk menyiarkannya di media sosial mereka. Sudah ada beberapa gambar tangkapan rakyat Malaysia telah disiarkan oleh Apple, anda juga berpeluang untuk dipilih.

[Sumber: Apple]

Bacaan Berkaitan

  • Gambar wanita tepi jeti milik remaja Malaysia dapat perhatian Apple
  • Gambar mata rakyat Malaysia dapat pengiktirafan Apple
  • Pegawai Polis ini berjaya “menangkap” perhatian Apple
  • Tips tangkap gambar Makanan di Bazar Ramadan #ShotoniPhone
Tags: appleApple iPhone 13 Proiphone 13 proshotoniphone
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
4 bunga terpilih sebagai pemenang Shot on iPhone Macro Challenge

4 bunga terpilih sebagai pemenang Shot on iPhone Macro Challenge

14 April 2022
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER