• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F4 GT, peranti gaming dengan butang bahu fizikal bakal tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:47 am
  • 20/04/2022
  • Komen
Poco F4 GT, peranti gaming dengan butang bahu fizikal bakal tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Buat kaki gaming di telefon pintar, salah satu peralatan tambahan yang pastinya sangat dihargai adalah butang bahu tambahan. Biasanya ia terdapat di telefon gaming yang agak mahal, berharga melebihi RM3,000. Tetapi ia mungkin berubah dengan kedatangan Poco F4 GT.

Poco telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis pelancaran antarabangsa minggu hadapan, bagi memperkenal telefon pintar baru berkuasa tinggi, Poco F4 GT. Majlis pelancaran ini akan diadakan secara maya, pada hari Selasa, 26 April 2022 pukul 8 malam waktu Malaysia. Ia boleh ditonton menerusi saluran rasmi Poco di Facebook, Twitter dan YouTube.



Memandangkan ia adalah majlis pelancaran antarabangsa, peratusan kedatangannya ke Malaysia sangatlah tinggi. Kami menjangkakan, penjualannya di Malaysia akan diumumkan di dalam majlis pelancaran yang sama. Mungkin ada promosi untuk pembeli terawal, seperti diskaun atau hadiah percuma.

Untuk rujukan, Poco F3 yang dilancarkan lebih setahun yang lalu, dijual di Malaysia pada harga RM1,399 (6+128GB) dan RM1,699 (8+256GB). Bagaimanapun, Poco F3 tidak dilengkapi cip terbaik pada masa itu, Snapdragon 888. Sebaliknya ia dibekalkan cip Snapdragon 870 sahaja.



Spesifikasi Poco F4 GT

Berbeza untuk Poco F4 GT kali ini, awal-awal lagi Poco telah mengiklankannya dengan cip Snapdragon 8 Gen 1. Mungkin label GT meletakkannya di tahap tertinggi peranti keluaran Poco.

Poco juga telah berkongsikan bahawa Poco F4 GT memiliki butang bahu fizikal di sisi telefon. Butang bahu ini bertindak sebagai butang kawalan L1/R1 seperti di alat kawalan konsol. Dengan butang tambahan ini, pemain video memiliki akses tambahan untuk melancarkan lagi corak permainan mereka.

Maklumat lain tentang Poco F4 GT secara rasmi belum diketahui. Tetapi sudah banyak petunjuk ditemui menunjukkan, ia adalah jelmaan telefon pintar Redmi K50 Gaming yang telah dilancarkan di China. Telefon yang diumumkan di China pada Februari lepas, memiliki skrin OLED 6.67-inci HD penuh dengan kadar penyegaran 120Hz.

Selain dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1, ia turut dibekalkan dengan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Sistem tiga kamera di belakang menggandingkan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Manakala kamera hadapan 20MP terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Tarikan utama di Redmi K50 Gaming adalah butang bahu fizikal yang boleh disimpan secara magnetik. Tenaga pula disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W.

Sistem bunyi dihasilkan menerusi empat pembesar suara stereo oleh JBL. Pengimbas capjari pula ada di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Antara yang menarik pada Redmi K50 Gaming di China, ia turut datang dalam edisi istimewa Mercedes-AMG Petronas F1 Team. Untuk edisi biasa, ada tiga pilihan warna disediakan iaitu hitam, kelabu dan biru.

Di China, Redmi K50 Gaming dijual pada harga:

  • Redmi K50 Gaming (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY3,299 (~RM2,179.42)
  • Redmi K50 Gaming (RAM 12GB + Storan 128GB) – CNY3,499 (~RM2,311.55)
  • Redmi K50 Gaming (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY3,899 (~RM2,575.74)
  • Redmi K50 Gaming Mercedes-AMG Petronas F1 Team (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY4,199 (~RM2,773.93)

Untuk pasaran Malaysia, anggarkan sedikit penambahan harga sekitar RM100 ke RM200. Kita akan tahu dengan lebih tepat di acara pelancarannya nanti, pada 26 April 2022.

Tags: PocoPoco F4 GT
Najib

Najib

POPULAR

Poco F4 GT, peranti gaming dengan butang bahu fizikal bakal tiba di Malaysia

Poco F4 GT, peranti gaming dengan butang bahu fizikal bakal tiba di Malaysia

20 April 2022
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN