• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ramai menyesal tebus ePemula di Grab, promosi jam Garmin & 11 aplikasi Android bahaya| SBM #64

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:15 am
  • 21/04/2022
  • Komen
Ramai menyesal tebus ePemula di Grab, promosi jam Garmin & 11 aplikasi Android bahaya| SBM #64
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan ialah, tablet PerantiSiswa hanya diberi pinjam? Kenapa ramai menyesal tebus ePemula di Grab? Apa aplikasi Android bahaya yang perlu di buang segera? Dan banyak lagi berita lain yang akan dikongsikan.

1. Kontraktor didenda RM80,000 kerana rosakkan kabel fiber optik TM

Salah satu syarikat yang mengendalikan projek Lebuhraya Pan Borneo telah didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sana sebab mendatangkan kerosakan pada kabel fiber optik bawah tanah, milik Telekom Malaysia (TM). Sebanyak 4 sabitan telah dilakukan. Setiap satu membawa denda RM20,000.



Berita penuh di sini.

2. PerantiSiswa: Tablet hanya pinjaman dan perlu dipulangkan, permohonan dibuka 15 April

Permohonan program PerantiSiswa telah bermula pada 15 April 2022. Pelajar dalam keluarga B40 yang belajar di IPT, boleh memohon untuk dapatkan tablet bagi pembelajaran dalam talian. Disahkan juga bahawa tablet PerantiSiswa ditawarkan secara pinjaman dan pelajar harus pulangkannya selepas tamat pengajian.



Maklumat lanjut di sini.

3. Potongan sehingga RM261 untuk beberapa model Garmin dalam promo raya

Garmin Malaysia adakan promo raya antara 15 April hingga 8 Mei 2022. Ada 3 model jam tangan gaya hidup menerima potongan harga sehingga RM261. Jam tersebut ialah Venu Sq, Venu Sq Music dan Garmin Lily.

Maklumat penuh di sini.

4. Bas e-hailing Kumpool kini tersedia di Petaling Jaya, naik sekarang untuk dapatkan perkhidmatan percuma

Perkhidmatan tempahan bas e-hailing, Kumpool kini tersedia di sekitar Petaling Jaya. Lebih daripada 120 perhentian Kumpool tersedia di situ, ia meliputi pusat membeli-belah, universiti, kawasan kediaman dan stesen pengangkutan awam. Menariknya, Kumpool menyediakan perkhidmatan ini percuma untuk 10 ribu perjalanan pertama yang ditempah di Petaling Jaya.

Berita lanjut di sini.

5. Kenapa ramai pengguna yang menyesal tebus ePemula di Grab?

Program permohonan ePemula RM150 telahpun berjalan. Melaluinya, pengguna akan terima kredit eDompet bernilai RM150 ke dalam salah satu daripada empat penyedia yang telah dilantik iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan TnG eWallet. Tapi, ramai yang mengadu di akaun Facebook Grab tentang ketakpuasan hati. Rata-rata, pengguna berang dengan cara implementasi ePemula oleh GrabPay.

Berita penuh di sini.

6. Kerusi di Petronas bekas diduduki Lewis Hamilton ada dijual di Shopee

Siapa sangka, kerusi plastik buruk ada di jual di Shopee dengan harga RM2,888.88 sebab ia pernah diduduk oleh pemandu kereta lumba F1, Sir Lewis Hamilton. Kerusi itu juga menerima jaminan Shopee 100% asli, ia menjanjikan pulangan wang jika barangan tersebut tidak asli.

Baca lagi di sini.

7. 11 aplikasi Android ini harus dibuang segera dari dalam peranti

Penganalisa keselamatan AppCencus, telah temui beberapa aplikasi Android yang mencurigakan. Ia didapati cuba mengumpul terlampau banyak maklumat pengguna tanpa izin.

Ketahui 11 aplikasi tersebut di sini.

Tags: androidePemulaGarmin Lilygarmin venuGarmin Venu SqGrabKumpoolperantisiswaShopeeTM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ramai menyesal tebus ePemula di Grab, promosi jam Garmin & 11 aplikasi Android bahaya| SBM #64

Ramai menyesal tebus ePemula di Grab, promosi jam Garmin & 11 aplikasi Android bahaya| SBM #64

21 April 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN