• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nama isteri didedikasi pada nombor plat, 3 kenderaan ini dirampas

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:03 pm
  • 05/05/2022
  • Komen
Nama isteri didedikasi pada nombor plat, 3 kenderaan ini dirampas
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat menggunakan nombor plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi, 2 MPV Toyota Alphard dan sebuah kereta Volkswagen Golf MK telah dirampas oleh pihak berkuasa. Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) polis Terengganu melaksanakan rampasan tersebut ketika menjalankan pemantauan kelancaran trafik dan samseng jalanan di Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran Padang Midin, Kuala Terengganu.

Menurut jabatan itu, salah satu kenderaan MPV tersebut menggunakan plat pendaftaran ‘MIRA’ dan ia dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun dari Kuala Terengganu. Manakala sebuah lagi MPV yang dirampas dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun dari daerah sama mempunyai plat pendaftaran ‘DINA’.



Ditanya mengapa menggunakan nombor pendaftaran ‘MIRA’ dan ‘DINA’, kedua-dua pemilik MPV berkenaan memberikan alasan bahawa mereka teruja mendapat MPV baharu untuk menyambut Syawal sehingga mendedikasikan nama isteri atau seseorang pada lima huruf/nombor terakhir pendaftaran MPV masing-masing. Tapi alasan itu tidak diterima dan menyebabkan ‘MIRA’ dan ‘DINA’ dibawa oleh Skuad 42 ke BSPT Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Sek. 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran yang hampir-hampir menyerupai apa-apa tanda bagi tujuan untuk memperdayakan pihak berkuasa.

Dalam kejadian lain, sebuah Volkswagen Golf dengan plat pendaftaran ‘J3H3’ dirampas di Bandar Baru Kuala Nerus. Alasan yang diberikan pemuda berusia 24 tahun dari Setiu itu ialah kereta itu dibeli pada malam Aidilfitri dan dia tidak dapat menukar nombor pendaftaran untuk memenuhi spesifikasi.



Kesalahan nombor pendaftaran “fancy” bukanlah satu isu yang baru. Jika disabitkan kesalahan, pemilik ‘MIRA’, ‘DINA’ dan ‘J3H3’ boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi mengelakkan dari di kompaun oleh pihak berkuasa, jangan gunakan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi. Sebagai panduan anda, berikut merupakan 3 jenis plat nombor pendaftaran kenderaan yang dibenarkan oleh pihak JPJ:

  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Tapi, setiap pemilik kenderaan pastinya mengimpikan nombor plat yang bermakna kepada mereka. Penukaran nombor plat kenderaan sebenarnya dibenarkan, tapi pemilik kenderaan perlulah mengikut syarat yang ditetapkan oleh JPJ. Ianya boleh dilakukan dimana-mana JPJ Negeri. Anda boleh bacanya lebih lanjut di sini.

[Sumber: Paultan, Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu]

Bacaan berkaitan

  • Lapor ke JPJ jika terjumpa nombor pendaftaran yang mengelirukan
  • Nombor pendaftaran ingkar spesifikasi antara 24,909 saman sepanjang November, motosikal pesalah terbesar
Tags: MPVVolkswagen Golf MK6
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Nama isteri didedikasi pada nombor plat, 3 kenderaan ini dirampas

Nama isteri didedikasi pada nombor plat, 3 kenderaan ini dirampas

5 May 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN