• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Youtube kini mudahkan pengguna terus tonton bahagian menarik dalam video

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:10 pm
  • 19/05/2022
  • Komen
Youtube kini mudahkan pengguna terus tonton bahagian menarik dalam video
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah tak rasa nak tonton terus bahagian yang penting di sesebuah video Youtube, tanpa perlu tonton video itu dari mula? Lebih-lebih lagi apabila tempoh video itu terlampau panjang dan anda pula tidak mempunyai masa. Jika ya, ciri baru yang dilancarkan YouTube ini boleh membantu anda.

Dikenali sebagai Most replayed, melaluinya anda boleh mengenal pasti bahagian video yang paling popular berdasarkan daripada graf yang muncul pada bahagian bawah video. Jika graf di satu bahagian itu tinggi, maka bahagian itulah yang sering dimainkan semula (replay) oleh penonton. Mungkin bahagian tersebut dapat perhatian kerana ia merupakan babak yang penting atau pun menarik. Anda boleh jadikan graf ini sebagai rujukan, jadi jimatlah masa anda daripada perlu tonton keseluruhan video.



Ciri ini pernah tersedia sebagai ujian untuk pelanggan YouTube Premium dan kini ia dilancarkan untuk semua pengguna. Saya cari ciri ini di video YouTube melalui iPhone, peranti Android dan Mac, tapi nampaknya ia masih belum tersedia. Mungkin ianya dilancarkan secara berfasa.

Pendapat saya, ciri ini memang berguna untuk penonton, lebih-lebih lagi apabila video yang ingin ditonton itu mempunyai pengenalan yang panjang kemudian diikuti dengan beberapa isi yang tidak menarik. Untuk pencipta kandungan pula, bolehlah mereka mengenal pasti kandungan yang mendapat perhatian ramai.



[Sumber: TheVerge]

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

1 Julai 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER