• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[ KEMASKINI ] U Mobile kata 5G dah tiba! Adakah ini telco kedua menawarkan 5G di Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 9:53 am
  • 25/05/2022
  • Komen
Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

[ KEMASKINI 25/05/2022 14:30 ] Laman 5G U Mobile telah hilang. U Mobile maklumkan bahawa ia adalah laman web lama dan sebenarnya bukan buat tatapan umum, tetapi akibat masalah teknikal, ia muncul. Nampaknya U Mobile masih belum memuktamadkan perjanjian dengan DNB.

Digital Nasional Berhad (DNB), penyedia perkhidmatan 5G tunggal di Malaysia telah melancarkan rangkaian 5G pada akhir tahun lepas. Sehingga kini, hanya satu syarikat telekomunikasi (telco) telah mula menggunakan perkhidmatan 5G DNB iaitu Yes 5G.



U Mobile, salah satu daripada empat telco utama di Malaysia telah memuat naik laman web yang menyatakan bahawa 5G telah tersedia di rangkaian mereka. Di ruang ‘Why U Mobile’, terdapat laman web 5G yang menyatakan 5G telah tiba dan boleh dapatkan pengalaman Turbo di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Dari lokasi yang disebut ini, jelas bahawa rangkaian 5G U Mobile ini disediakan menggunakan perkhidmatan 5G DNB. Laman web tersebut turut menyenaraikan kontrak pelan peranti 5G, tetapi semua pelan pascabayar dan prabayar masih menunjukkan ‘5G ready’ sahaja.



Selain itu, U Mobile turut menunjukkan peta liputan dengan pilihan untuk menunjukkan rangkaian 3G, 4G dan ‘Future Coverage’ atau liputan masa hadapan. Masih tiada lokasi 5G diletakkan di dalam peta tersebut.

Penemuan ini dilihat mengejutkan kerana hanya dua telco iaitu YTL Communications (Yes 5G) dan Telekom Malaysia (TM), telah bersetuju dengan perjanjian bersama DNB serta pengambilalihan pegangan saham DNB. Masih tiada kenyataan dari U Mobile tentang penerimaan mereka untuk menggunakan perkhidmatan DNB.

Jika U Mobile telah bersetuju dengan perjanjian bersama DNB, mereka boleh mula menyediakan perkhidmatan 5G percuma kepada pelanggan sehingga 30 Jun 2022. DNB telah melanjutkan tempoh ujian 5G percuma kepada semua telco yang sedia bekerjasama sekarang.

Seperti dilaporkan sebelum ini, empat telco utama Malaysia termasuk U Mobile, masih belum bersedia menandatangani perjanjian DNB atas sebab harga serta ketelusan perjanjian. Harga RM30,000 setiap Gbps sebulan selama 10-tahun dilihat sebagai halangan terbesar kerana kos yang tinggi bagi masa panjang.

Sebelum ini, hanya Yes 5G telah bersetuju dan mula menggunakan perkhidmatan 5G DNB serta menawarkan 5G kepada pelanggan. TM pula adalah telco pertama mengumumkan penyertaan mereka dalam tempoh ujian 5G DNB tetapi masih tidak menawarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggan sehingga sekarang.

Jika U Mobile bersetuju dengan perjanjian DNB, maka mereka akan menjadi telco kedua selepas Yes 5G serta yang pertama di kalangan empat telco utama menyediakan 5G kepada pelanggan. Lebih baik lagi, U Mobile adalah telco yang disokong rangkaian oleh Apple, maka pengguna iPhone boleh menggunakan 5G di peranti mereka kelak.

Kami telah berhubung dengan U Mobile dan DNB untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang perkara ini. Berita terkini akan dimaklumkan jika ada sebarang perkembangan.

Terima kasih kepada Richie Low atas tip yang diberikan di dalam Facebook Group RKMD.

[Sumber: U Mobile]

Bacaan Berkaitan

  • Kerajaan tolak cadangan telco pegang saham majoriti DNB, tarikh akhir persetujuan kekal 30 Jun
  • Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?
  • Ini yuran langganan telco sekiranya sertai DNB untuk akses 5G
  • Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile sedia berbincang untuk ambilalih pegangan kerajaan dalam DNB
  • 5G percuma tanpa had dilanjutkan sehingga 30 Jun, DNB jemput telco bekerjasama
Tags: 5gDNBu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile

[ KEMASKINI ] U Mobile kata 5G dah tiba! Adakah ini telco kedua menawarkan 5G di Malaysia?

25 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER