• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan biar doktor tak bertauliah berkhidmat, adukannya pada KKM sekarang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:51 pm
  • 02/06/2022
  • Komen
Jangan biar doktor tak bertauliah berkhidmat, adukannya pada KKM sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah jumpa akaun media sosial atau perkhidmatan rawatan serta prosedur pergigian yang dijalankan oleh doktor gigi tak bertauliah? Jika pernah, anda digalakkan untuk laporkan perkara itu kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA), supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat dijalankan kepada pihak terbabit.

Ada banyak rawatan dan perkhidmatan yang sediakan oleh doktor gigi tidak bertauliah ini. Antaranya ialah cabutan dan tampalan gigi, pemasangan venir tiruan serta pemasangan pendakap gigi palsu. Hakikatnya, semua aktiviti tersebut boleh datangkan kesan yang amat dahsyat, jika anda lakukannya melalui saluran yang tidak sah. Berikut merupakan antara akibat buruk yang akan dialami:



  1. Penularan penyakit bahaya seperti AIDS, Hepatitis B dan jangkitan kuman
  2. Kehilangan gigi kekal dan kerosakan saraf
  3. Kecederaan pada tulang rahang, gigi, bibir dan dagu
  4. Pendarahan berterusan
  5. Kebengkakan dan nanah pada tempah rawatan

Sebagai pesakit, anda perlu pilih doktor bertauliah untuk berurusan. Tidak kiralah sama ada di klinik kerajaan mahupun swasta. Apabila ia dilakukan melalui pihak yang bukan pakar, anda boleh kerugian dari segi masa, tenaga dan kos rawatan pemulihan akibat kesan sampingan rawatan yang bermasalah. Oleh itu, pastikan anda dapatkan rawatan pergigian daripada pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di samping itu, selain dari lakukan aduan mengenai doktor tak bertauliah secara dalam talian, anda juga boleh buat laporan jika terlibat dengan kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkaitan dengan jenayah secara dalam talian melalui e-Reporting.



[Sumber: KKM]

[Sumber gambar: Malaysiagazette]

Tags: kkmSisPAA
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Jangan biar doktor tak bertauliah berkhidmat, adukannya pada KKM sekarang

Jangan biar doktor tak bertauliah berkhidmat, adukannya pada KKM sekarang

2 June 2022
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN