• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT Neo 3 dengan Dimensity 8100 sah datang ke Malaysia bulan ini

  • OLEH Najib
  • 6:27 pm
  • 07/06/2022
  • Komen
Realme GT Neo 3 dengan Dimensity 8100 sah datang ke Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

[ KEMASKINI 8/6/2022 12:30 ] Realme Malaysia memaklumkan bahawa hanya model 80W sahaja akan dibawa ke Malaysia.

Baru sahaja melancarkan model istimewa Realme 9 Pro+ FreeFire Edition, Realme Malaysia tidak mengendurkan usaha mereka memperkenal model baru apabila hari ini mengumumkan satu lagi majlis pelancaran akan diadakan bulan ini. Ia merupakan ahli terbaru siri GT iaitu Realme GT Neo 3.



Majlis pelancaran Realme GT Neo 3 di Malaysia akan diadakan pada hari Rabu, 15 Jun 2022. Seperti biasa, acara ini dibuat secara atas talian menerusi Facebook Realme Malaysia, bermula pukul 2 petang.

Realme turut menyatakan bahawa mereka akan turut memperkenal fon telinga Realme Buds Air 3 berwarna Nitro Blue bagi melengkapi warna yang serupa untuk telefon pintar yang bakal dilancarkan ini.



Di India, Realme GT Neo 3 telah dilancarkan dan dijual pada harga berikut:

  • Realme GT Neo 3 (RAM 8GB, Storan 128GB, Pengecas 80W) – INR 36,999 (~RM2,093)
  • Realme GT Neo 3 (RAM 8GB, Storan 256GB, Pengecas 80W) – INR 38,999 (~RM2,206)
  • Realme GT Neo 3 (RAM 12GB, Storan 256GB, Pengecas 150W) – INR 42,999 (~RM2,432)
  • Realme Buds Air 3 Nitro Blue – INR 4,999 (~RM282)

Di India, terdapat tiga warna disediakan iaitu biru, putih dan hitam. Warna biru dan putih memiliki jalur lumba di belakang, simbol kepantasan peranti.

Tetapi lebih menarik lagi jika edisi khas Naruto turut dibawa masuk ke Malaysia nanti. Perkara ini pernah diutarakan oleh Facebook Realme Malaysia dahulu, tetapi adakah ia akan menjadi kenyataan?

Spesifikasi

Kita boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Realme GT Neo 3 kerana ia telah dilancarkan di India. Siri GT Neo terletak di bawah siri GT, tetapi masih menyediakan beberapa ciri kelas flagship. Untuk GT Neo 3, ia dikuasakan cip generasi baru Mediatek iaitu Dimensity 8100 5G 5nm. Ia ditambah lagi dengan pengunaan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB. Tidak menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Skrinnya seluas 6.7-inci jenis AMOLED, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Kaca Corning Gorilla Glass 5 yang tahan lasak melapisi bahagian atas skrin.

Kamera di belakangnya ada tiga, gabungan kamera utama 50MP F1.88 menggunakan sensor Sony IMX766 OIS, kamera ultra lebar 8MP F2.25 dan kamera makro 2MP F2.4. Tetapi kamera makro ini bukan kamera telemakro yang boleh mengezum 40x seperti di Realme GT 2 Pro. Kamera hadapan pula 16MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Tenaga dan kuasa pengecas ada sedikit kelainan. Varian RAM 8GB memiliki bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W. Manakala varian RAM 12GB ada bateri lebih kecil, 4,880mAh tetapi kuasa mengecas lebih kuat 150W. Bagaimanapun, Realme Malaysia memaklumkan bahawa hanya model 80W sahaja akan dibawa ke Malaysia.

Sistem bunyi di Realme GT Neo 3 dihasilkan oleh dua pembesar suara Super Linear yang diiktiraf Dolby Atmos dan Hi-Res Audio. Jek audio 3.5mm memang sudah lama tiada di peranti flagship Realme dan ia tidak terkecuali untuk model ini juga.

Pengimbas capjari ada di dalam skrin dan ia turut mampu mengesan denyutan nadi pengguna. Sistem operasi Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 digunakan pada telefon ini.

Adakah Realme Malaysia mampu mengekalkan harga GT Neo 3 serupa seperti GT Neo 2 semasa dilancarkan, iaitu harga promosi di bawah RM2,000? Nantikan berita daripada kami di hari pelancarannya minggu hadapan.

Bacaan Berkaitan

  • Realme GT Neo 2 dengan RAM 12GB ada harga promosi di bawah RM2,000
  • Realme GT2 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: RealmeRealme GT Neo 3
Najib

Najib

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER