• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

TIPS: Cara pandu dengan selamat dalam jalan yang sesak

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:58 pm
  • 19/06/2022
  • Komen
TIPS: Cara pandu dengan selamat dalam jalan yang sesak
Share on FacebookShare on Twitter

Anda selalu tempuhi jalan sesak untuk pergi kerja atau pulang ke rumah? Adakalanya, situasi ini tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi jika jalan yang dilalui itu adalah satu-satunya jalan untuk pergi dan pulang dari kerja. Lebih menakutkan apabila jalan sesak itu diakibatkan oleh kemalangan kenderaan. Jadi, sebagai pemandu, berikut merupakan langkah yang boleh kita sama-sama lakukan untuk memastikan jalan raya kekal selamat walaupun berada di dalam kesesakan.

1. Pandu dengan tenang

Dalam kesesakan lalu lintas, setiap individu perlulah mengelak dari memandu secara agresif contohnya kerap bertukar dari lorong ke lorong. Jika anda lakukan hal ini, sudah tentu pemandu lain akan marah dan secara tidak langsung akan mendorong mereka untuk bertindak balas secara negatif.



Dalam masa yang sama, anda diingatkan juga untuk gunakan signal kereta semasa menukar lorong. Lampu signal adalah satu cara komunikasi atas jalan raya, tiada siapa pun dapat mengagak arah yang ingin anda pergi tanpa isyarat diberikan.

Sumber

2. Jaga jarak

Selain itu, kekalkan jarak selamat dengan sekurang-kurangnya dua saat dengan kenderaan di hadapan. Jarak yang selamat boleh bantu anda mengelak dari brek yang kerap dan perlanggaran bahagian belakang. Tambah jarak sehingga 4 saat jika cuaca buruk, jalan licin atau anda mengikuti kenderaan berat.



Sumber

Selain itu, perhatikan juga lalu lintas di hadapan dengan teliti. Apabila kereta hadapan berhenti, lepaskan kaki anda dari pedal minyak untuk memperlahankan kenderaan secara beransur-ansur sebelum anda brek. Elakkan brek mengejut.

3. Jangan ada gangguan

Kekal fokus semasa memandu. Elak dari melakukan perkara yang boleh mengganggu tumpuan seperti makan, menukar stesen radio atau menggunakan telefon. Perkara tersebut bukan sahaja mengundang bahaya kepada diri sendiri malah terhadap orang lain juga. Malah jika ditangkap anda menggunakan telefon ketika memandu, anda boleh disabitkan kesalahan dengan didenda sehingga RM1,000 ataupun penjara sehingga 3 bulan.

Sumber

4. Kenalpasti titik buta

Titik buta (blind spot) melibatkan mana-mana kawasan yang sukar dilihat, akibat dihalang oleh tiang depan dan belakang kenderaan anda. Lakukan pemeriksaan kepala untuk memeriksa titik buta sebelum menukar lorong. Gunakan juga cermin untuk memantau kawasan sekitar. Jika tidak ambil berat dengan titik buta, anda berpotensi melanggar kenderaan lain semasa menukar laluan.

Sumber

5. Semak GPS sebelum memandu

Sebelum memulakan perjalanan, semak aplikasi peta pada telefon anda contohnya Google Maps atau Waze untuk mengelak dari memandu di kawasan sesak. Periksa juga laluan alternatif yang ada. Anda boleh juga dengar laporan di radio untuk ketahui tentang kesesakan lalu lintas. Ketahui lagi perkara lain yang boleh dilakukan untuk elak kesesakan jalan raya di sini.

Apabila semua individu memandu dengan selamat ketika berada dalam jalan yang sesak, pasti semuanya dapat tiba ke destinasi dengan selamat. Kemalangan juga dapat dielakkan. Yang paling penting adalah sentiasa berhati-hati dan patuhi peraturan jalan raya.

[Sumber: Statefarm]

[Sumber gambar: Sinar Harian]

Bacaan berkaitan

  • Bilangan kereta tidaklah melebihi populasi Malaysia, ini cerita sebenar
  • TIPS: 5 perkara boleh anda buat elak kesesakan jalan raya
  • Lesen memandu mati sejak 2021? Perbaharui sebelum 30 Jun atau ambil ujian semula
Tags: google mapsjalan sesaktipswaze
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Cara pandu dengan selamat dalam jalan yang sesak

TIPS: Cara pandu dengan selamat dalam jalan yang sesak

19 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER