• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

  • OLEH Najib
  • 3:06 pm
  • 20/06/2022
  • Komen
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, adalah dengan memberikan pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang. Pengecualian ini diberikan untuk pembelian dan pendaftaran kenderaan, selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022.

Hari ini, Menteri Kewangan mengumumkan bahawa tarikh tempahan kenderaan untuk layak menerima pengecualian cukai ini masih kekal sehingga 30 Jun 2022, tetapi tarikh pendaftaran dilanjutkan sehingga tahun hadapan, 31 Mac 2023. Ia akan memberi manfaat kepada lebih 264,000 kenderaan yang telah ditempah tetapi masih belum dapat dihantar kepada pembeli atas pelbagai sebab.



Kenyataan Media YB @tzafrul_aziz , Menteri Kewangan Berkenaan Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Penumpang: Tarikh Akhir Kekal 30 Jun 2022; Tempoh Pendaftaran Kenderaan Dilanjutkan Ke 31 Mac 2023. pic.twitter.com/UNlvaIXn45

— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) June 20, 2022

Walaupun sektor automotif telah kembali beroperasi seperti biasa selepas pembukaan sektor ekonomi, terdapat sejumlah permintaan yang masih belum dapat dipenuhi ekoran gangguan kepada rantai bekalan global. Pada masa yang sama, seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif.

Zafrul menjelaskan, lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.



Sumber

Pengecualian cukai jualan kenderaan ini sepenuhnya 100% ke atas kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) termasuk MPV dan SUV. Manakala kenderaan penumpang import (CBU) diberikan pengecualian cukai jualan sebanyak 50%. Kementerian Kewangan mencatatkan sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan manfaat pengecualian cukai kepada rakyat berjumlah RM4.7 bilion.

Jika anda telah menangguhkan hasrat membeli kenderaan kerana risau tidak sempat mendaftar sebelum 30 Jun 2022, maka anda boleh menyambung kembali hasrat itu dan membuat tempahan sekarang. Cuma pastikan kenderaan tersebut didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum 31 Mac 2023.

[Sumber: Kementerian Kewangan]

Bacaan Berkaitan

  • PENJANA: Senarai harga baharu Proton dan Honda sehingga 31 Disember 2020
  • PENJANA: Senarai harga baharu Perodua sehingga 31 Disember 2020
  • PENJANA: Senarai harga baharu Toyota sehingga 31 Disember 2020
  • Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?
  • Toyota Corolla Cross, SUV Hibrid termurah dilancarkan di Malaysia
Tags: Kementerian KewanganTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 June 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN