• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hab Digital Ketereh akan jadi kawasan luar bandar pertama 5G dibangunkan

  • OLEH Najib
  • 3:46 pm
  • 25/07/2022
  • Komen
Hab Digital Ketereh akan jadi kawasan luar bandar pertama 5G dibangunkan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Hab Digital Ketereh. Ia adalah sebuah pekan yang terletak kira-kira 30 minit memandu daripada Kota Bharu. Ia juga terpilih sebagai kawasan pertama rangkaian 5G dibangunkan di sebagai projek rintis kawasan luar bandar.

Hab Digital Ketereh dibangunkan sebagai usaha kerajaan untuk membantu usahawan setempat memperluaskan lagi pasaran mereka ke seluruh negara dan dunia melalui platform digital. Pembangunan hab ini merupakan hasil usahasama YTL Communications dan Shopee, bersama-sama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Hab Digital Ketereh ini bakal dilengkapi dengan perkhidmatan 5G, kemudahan studio fotografi, studio live streaming dan penyuntingan video.



📌 Hab Digital Ketereh dilengkapi studio fotografi, live streaming, penyuntingan video dan perkhidmatan 5G bagi membantu usahawan setempat memperluaskan pasaran ke seluruh negara & dunia.#infografik #JelajahAspirasiKeluargaMalaysia #KeluargaMalaysiaKeluargaDigital pic.twitter.com/LBIY2HmNUo

— BERNAMA (@bernamadotcom) July 23, 2022

Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, latihan serta kemudahan yang disediakan di hab itu juga memberi peluang kepada usahawan dan peniaga kecil yang terpilih dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk mendapat latihan, menghasilkan kandungan, dan memperoleh pendedahan menggunakan platform dalam talian yang membolehkan akses kepada pasaran global.

Tambah Zulkarnain, teknologi 5G merupakan ‘game changer’ dan bakal membawa perubahan kepada rakyat dengan gaya hidup lebih pintar dan efisien seperti kemudahan internet berkelajuan tinggi bagi membolehkan pelbagai aktiviti dalam talian seperti e-dagang, penstriman video serta menjadikan pengalaman pembelajaran dan latihan secara maya lebih menarik.



“Perkhidmatan 5G ini menawarkan kelajuan internet sehingga melebihi 1,000 Megabit per saat kepada pengguna berbanding 35 Megabit per saat bagi teknologi 4G. Teknologi 5G ini memiliki kemampuan kelajuan internet pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G. Aplikasi 5G mempunyai kadar lengahan rendah serta berupaya menghubungkan lebih satu juta peranti bagi satu kilometer persegi,” katanya lagi.

Sumber

Pelancaran Hab Digital Ketereh dirasmikan oleh Perdana Menteri, diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, dan ia turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Annuar Musa merupakan Ahli Parlimen Ketereh sejak tahun 2013. Tahun lepas, Annuar Musa telah menjanjikan akan memberikan keutamaan pembangunan 5G di Melaka dan Sarawak, ketika Pilihanraya Negeri dilaksanakan. Minggu lepas, Annuar Musa sekali lagi menjanjikan akan membangun 1,000 tapak 5G di sekolah, termasuk di luar bandar menjelang akhir tahun ini.

Bacaan Berkaitan

  • 5G akan terdapat di 1,000 sekolah termasuk luar bandar menjelang akhir tahun ini
  • Pilihan Raya Negeri pacu dua negeri ini untuk terima 5G terawal?
  • Annuar Musa kata Selangor diutamakan untuk 5G selepas tabur janji yang sama untuk Melaka dan Sarawak
Tags: 5gAnnuar MusaDNB
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Hab Digital Ketereh akan jadi kawasan luar bandar pertama 5G dibangunkan

Hab Digital Ketereh akan jadi kawasan luar bandar pertama 5G dibangunkan

25 Julai 2022
Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

30 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER