• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WHO letak monkeypox dalam senarai yang sama dengan COVID-19, apa maknanya kepada Malaysia?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:20 pm
  • 25/07/2022
  • Komen
WHO letak monkeypox dalam senarai yang sama dengan COVID-19, apa maknanya kepada Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media tentang monkeypox. Menurut mereka, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak monkeypox berada di bawah Public Health Emergency of International Concern (PHEIC). COVID-19 adalah salah satu penyakit yang berada di bawah PHEIC, adakah kita perlu gusar akan monkeypox seperti kita gusar akan COVID-19?

Kenyataan Media Menteri Kesihatan Malaysia 25 Julai 2022

Pengisytiharan Jangkitan Monkeypox Sebagai Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC) Oleh WHO Dan Kesiapsiagaan KKM Menghadapi Kemungkinan Jangkitan Monkeypox Dalam Negara pic.twitter.com/MFHrXsjmwU

— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) July 25, 2022

Monkeypox masuki senarai PHEIC

Antara tahun 2007 hingga 2020, sebanyak 6 penyakit telah dimasukkan di bawah senarai PHEIC bermula dengan pandemic H1N1 (2009), Eboa (2013), polio (2014), Zika (2016), dan COVID-19. Senarai PHEIC adalah satu instrumen mengawal bencana kesihatan yang diwujudkan WHO bagi mengoptimumkan atur cara menangani bencana itu dalam kalangan negara anggota.



Apabila sesuatu penyakit itu berada dibawah PHEIC, ahli-ahli anggota WHO akan bersidang bagi menerbitkan saranan kecemasan kepada neara anggota tentang cara mendepani. PHEIC juga mempunyai objektif untuk mempermudah penyaluran sumber, sama ada dana kewangan ataupun tenaga kerja dengan lebih pantas dengan cara memintas beberapa proses formaliti.

Situasi monkeypox di Malaysia

Sehingga 23 Julai 2022, sebanyak 9 kes disyaki monkeypox telah diklasifikasi sebagai negatif. Namun, KKM tetap mempertingkat tahap kesediaan pihak mereka bagi mendepani risiko penularan. Kesemua fasiliti kesihatan kerajaan telah dimaklumkan tentang perkara ini disamping mewujudkan survelan sentinel bagi memantau kejadian penyakit ruam / lesi kulit.



Bagi memastikan sebarang kes jangkitan boleh dikesan seawal mungkin, makmal yang mampu menjalankan ujian pengesanan telah ditambah bilangannya daripada 2 kepada 12. Perkara terakhir adalah pihak KKM memantau pintu masuk utama negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan pengendali lapangan terbang.

Antara 1 Mei 2022 hingga 23 Julai 2022, seramai lebih 530 ribu pengembara dari negara yang ada kes positif monkeypox telah memasuki Malaysia.

Bagaimana monkeypox disebarkan?

Monkeypox disebarkan melalui sentuhan langsung dengan ruam atapun lesi yang mengandungi virus tersebut. Jangkitan turut boleh berpunca daripada air liur, gigitan, ataupun cakaran haiwan yang positif virus. Sentuhan dengan objek yang tercemar dengan virus monkeypox juga ada risiko unutk jangkitan.

Tempoh aktif jangkitan oleh pembawa adalah antara hari ke-1 hingga hari ke-21. Tiada sebarang ubat untuk merawat monkeypox ada selain daripada merawat simptom disebabkan monkeypox.

Tags: COVID-19kesihatankkmmonkeypox
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

WHO letak monkeypox dalam senarai yang sama dengan COVID-19, apa maknanya kepada Malaysia?

WHO letak monkeypox dalam senarai yang sama dengan COVID-19, apa maknanya kepada Malaysia?

25 July 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN