• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing tambah hadiah percuma untuk tempahan awal Phone (1)

  • OLEH Najib
  • 5:45 pm
  • 26/07/2022
  • Komen
Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing Phone (1), telefon pertama keluaran syarikat tersebut telah dilancarkan di peringkat antarabangsa pada 12 Julai lepas. Tidak lama selepas itu, tempahan awal untuk pasaran Malaysia telah diumumkan di mana ia hanya terdapat di kedai pakaian, Crossover dan gelombang pertama ini habis disapu sekelip mata.

Kemudian, pelancaran Nothing Phone (1) di Malaysia telah diadakan pada 20 Julai 2022 dan jualan telefon ini di Malaysia akan bermula pada 1 Ogos 2022. Ia akan dijual di lebih banyak tempat, antaranya platform e-dagang Lazada dan Shopee, serta pengedar telefon iaitu SenQ, SenHeng, TMT, DirectD dan Satu Gadget.



Dalam majlis pelancaran di Malaysia, tidak dinyatakan sebarang hadiah percuma atau promosi untuk pembeli terawal. Tetapi kini, nampaknya ada sesuatu menanti.

Hadiah percuma untuk tempahan sekarang

DirectD, salah satu penjual Nothing Phone (1) telah mula mengambil tempahan awal dari 25 hingga 31 Julai 2022. Menariknya, pembeli yang membuat tempahan dalam tempoh ini, akan menerima hadiah percuma berupa pengecas Nothing Power 45W (bernilai RM139), casing Phone (1) (bernilai RM49) dan pelindung skrin (bernilai RM69). Selain itu, pembeli juga menerima jaminan lanjutan tahun kedua serta perlindungan skrin selama 6-bulan. Bagaimanapun, promosi ini berjalan sementara stok masih ada.



Laman tempahan Nothing Phone (1) di DirectD menunjukkan warna putih telah habis ditempah untuk penghantaran bermula 1 Ogos 2022. Hanya warna hitam masih terdapat untuk tempahan bersama hadiah percuma tadi. Tetapi jika anda masih mahu warna putih, DirectD ada menyediakan tempahan kumpulan kedua tetapi tiada hadiah percuma disertakan. Tempahan ini dijangka dihantar antara 15 ke 21 Ogos 2022.

Selain DirectD, promosi ini yang menyediakan banyak hadiah percuma turut terdapat di SenQ, TMT, Shopee dan Lazada. Anda boleh cuba mendapatkan warna putih dari kedai ini.

Spesifikasi Nothing Phone (1)

Telefon pertama Nothing ini dikuasakan cip kelas pertengahan, Snapdragon 778G+ bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Tarikan utamanya adalah jalur LED Glyph di belakang, direka daripada 900 LED dan boleh berkelip dalam pelbagai gaya dan ritma.

Ia ada skrin OLED HD Penuh 6.55-inci dengan kadar penyegaraan 120Hz. Lubang kecil di atas memuatkan kamera hadapan 16MP. Manakala di belakang, ia ada kamera utama 50MP dan kamera ultra lebar 50MP.

Baterinya 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB-C serta pengecasan wayarles 15W. Sistem operasi Nothing OS berasaskan Android 12 digunakan pada Phone (1) dan ia dijamin menerima kemaskini keselamatan selama 4 tahun dan kemaskini Android selama 3 tahun. Perlu diketahui, tiada pengecas diberikan di dalam kotak. Ia dijual berasingan.

Ketahui lebih lanjut mengenai Nothing Phone (1) dalam video kami di bawah ini:

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Phone (1) berharga bermula RM2,399 dan dijual di kedai pakaian?!
  • Baru seminggu Nothing Phone 1 dijual, sudah ada banyak aduan dan masalah
  • Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang
  • Telefon revolusi Nothing Phone (1) ada 900 LED di belakang, serasi digunakan di Malaysia
Tags: NothingNothing Phone 1
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang

Nothing tambah hadiah percuma untuk tempahan awal Phone (1)

26 July 2022
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER