• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Liputan Yes 5G kini tiba di Ipoh, diperluas di Johor dan Lembah Klang

  • OLEH Najib
  • 11:08 am
  • 28/07/2022
  • Komen
Liputan Yes 5G kini tiba di Ipoh, diperluas di Johor dan Lembah Klang
Share on FacebookShare on Twitter

Kita masih belum mendengar sebarang perkembangan tentang 5G daripada syarikat telekomunikasi (telco) utama negara. Tetapi ia tidak menghalang usaha pembangunan 5G diteruskan. Yes, selaku satu-satunya telco yang telah menyediakan perkhidmatan 5G di Malaysia menerusi rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB), telah mengumumkan liputan 5G lebih luas.

Dalam pengumuman terbaru Yes, mereka telah menambah satu lagi bandar dan negeri dalam liputan 5G, iaitu di Bandaraya Ipoh, Perak. Di samping itu, Yes turut menyenaraikan lokasi baru liputan 5G di beberapa kawasan di Johor Bahru, serta di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.



Semakan di laman liputan Yes menunjukkan, liputan 5G dalam tompok tompok oren meliputi Kampung Jawa dan Taman Jubilee di Ipoh. Ia mencapai sehingga Kampung Manjoi Baru di utara sehingga Taman Mayfair di selatan.

Di samping itu, liputan 4G Yes dilihat agak meluas di Ipoh. Jadi pengguna yang mahu mencuba 5G di Ipoh, tidak perlu risau kawasan yang kurang capaian 5G kerana capaian 4G agak baik di bandaraya tersebut.



Sementara itu, peta liputan Yes ini turut memperlihatkan kawasan yang sedang dibangunkan 5G. Selain dari Lembah Klang dan Johor Bahru, turut kelihatan beberapa kawasan di Pulau Pinang ditandakan dengan kawasan 5G sedang dalam pembangunan. DNB telah mensasarkan untuk mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang akhir 2024.

Minggu lepas, Perdana Menteri telah melancarkan Hab Digital Ketereh di Kelantan. Ia akan menjadi lokasi pertama rangkaian 5G dibangunkan di luar bandar. Bagaimanapun, peta liputan 5G di laman web Yes tidak menandakan sebarang tempat di Ketereh sebagai pembangunan 5G sedang dijalankan.

Jika anda mahu mencuba 5G, Yes sekarang menawarkan kad SIM prabayar 5G berharga RM15 untuk kegunaan selama 30 hari. Ia memberikan penggunaan tanpa had 5G bersama data 4G sebanyak 10GB. Selepas itu, pengguna boleh melanggan pelan prabayar tanpa had 5G berharga RM30/bulan.

Yes juga telah melancarkan pelan pascabayar Infinite+. Ia menyediakan data 5G dan 4G tanpa had, bersama kuota hotspot 4G dari serendah RM58/bulan. Pelanggan turut berpeluang mendapatkan peranti 5G percuma seperti Galaxy S22, apabila mengikat kontrak pelan selama 36-bulan.

[Sumber: Yes 5G]

Bacaan Berkaitan

  • 6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai
  • Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan
  • Hab Digital Ketereh akan jadi kawasan luar bandar pertama 5G dibangunkan
  • 6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai
Tags: 5gDNBYES
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Liputan Yes 5G kini tiba di Ipoh, diperluas di Johor dan Lembah Klang

Liputan Yes 5G kini tiba di Ipoh, diperluas di Johor dan Lembah Klang

28 July 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN