• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazfit

Amazfit GTS 4 Mini masuki Malaysia dengan harga promo RM379

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:08 pm
  • 15/08/2022
  • Komen
Amazfit GTS 4 Mini masuki Malaysia dengan harga promo RM379
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas T Rex 2 dilancarkan awal Julai 2022 lalu, peminat jenama produk penjejak aktiviti kini ada satu lagi opsyen untuk memperkaya koleksi penjejak kesihatan. Amazfit GTS 4 Mini adalah jam tangan penjejak aktiviti yang berada dalam kelas permulaan.

Harga Amazfit GTS 4 Mini di Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan seunit Amazfit GTS 4 Mini, harganya adalah RM399. Ada promosi jualan hari pertama hingga 22 Ogos 2022 yang membolehkan anda dapatkan jam tangan ini pada harga RM379 dan anda turut akan menerima hadiah baju percuma.



GTS 4 Mini akan mula dijual 20 Ogos 2022. Anda boleh pergi ke gedung dalam talian mereka di Shopee untuk lakukan pembelian nanti.

Spesifikasi Amazfit GTS 4 Mini

Amazfit GTS 4 Mini masih kekalkan rekaan GTS yang asal. Ia ada muka jam berbentuk petak sebesar 1.65”. Panel paparannya adalah daripada jenis OLED dengan resolusi 336 x 384.



Di dalam badannya ada bateri sebesar 270mAh yang menurut pengeluarnya, boleh memberikan khidmat sehingga 15 hari dalam penggunaan biasa. Antara sensor yang hadir pada Amazfit GTS 4 Mini adalah seperti:

  • BioTracker 3.0 PPG
  • Akselerometer
  • Geomagnetik
  • Ambient
  • GPS
  • Bluetooth 5.2 BLE

Daripada sudut menjejak kesihatan, sebanyak 126 jenis sukan boleh dijejak jam tangan ini dan ia boleh menaktifkan fungsi penjejak secara automatik untuk 7 sukan terpilih.

Jam ini menggunakan tali berkelebaran 20mm. Ia padan dengan semua jam tangan GTS dan GTR sebelum ini sekiranya anda ingin menaik taraf daripada produk generasi terdahulu. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: amazfitamazfit gts 4 mini
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Amazfit GTS 4 Mini masuki Malaysia dengan harga promo RM379

Amazfit GTS 4 Mini masuki Malaysia dengan harga promo RM379

15 Ogos 2022
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER