• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple Pay tiba di Malaysia, Galaxy Z Fold & Z Flip 4 dilancar, P-Hailing tidak perlu GDL | SBM #79

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:24 pm
  • 18/08/2022
  • Komen
Apple Pay tiba di Malaysia, Galaxy Z Fold & Z Flip 4 dilancar, P-Hailing tidak perlu GDL | SBM #79
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang dikongsikan ialah kemaskini pada Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4, pencerobohan data kad pengguna pada iPay88, had maksimum lesen vokasional rider p-hailing dan banyak lagi berita lain yang dikupaskan.

1. Maklumat jualan Galaxy Z Fold 4, Galaxy Z Flip 4, Galaxy Buds 2 Pro, Galaxy Watch 5 & Watch 5 Pro

Dalam acara Galaxy Unpacked, Samsung membariskan beberapa produk baru iaitu telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4, jam pintar Galaxy Watch 5 dan Watch 5 Pro, serta fon telinga putik Galaxy Buds 2 Pro. Samsung Malaysia ada tawarkan hadiah percuma dan beberapa promosi menarik kepada pembeli terawal.



Berita penuh di bawah:

  • Samsung lancar Galaxy Z Fold 4, tiada pembaharuan gempak tetapi kekal telefon lipat terhebat
  • Samsung Galaxy Z Flip 4 perbaiki kelemahan terbesar model lama
  • Harga rasmi Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 & Bespoke Edition di Malaysia diumum lebih mahal
  • 5 benda kami nak beritahu anda tentang Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4
  • Galaxy Watch 5 Pro diumum, bateri 63% lebih besar berbanding dulu
  • Galaxy Buds 2 Pro, 15% lebih kecil dengan waktu guna sehingga 5 jam
  • Promosi istimewa untuk pembaca SoyaCincau jika membeli Galaxy Z fold 4, Z Flip 4, Watch 5 & Buds 2 Pro

2. iPay88 umum berlaku pencerobohan dan ketirisan data kad pengguna, selepas 2 bulan

Baru-baru ini iPay88 keluarkan kenyataan bahawa berlakunya pencerobohan pada sistem mereka dan ada maklumat kad pengguna yang terdedah. Masalah pencerobohan ini dikesan berlaku sudah lama dan siasatan dimulakan pada 31 Mei 2022 dengan bantuan pakar keselamatan siber. Yang membimbangkan ialah, pencerobohan ini memberi kesan yang sangat luas sebab iPay88 adalah gerbang pembayaran pilihan banyak sistem di Malaysia.



Berita lanjut di sini.

3. U Mobile Pascabayar 38 akan ada kuota hotspot berasingan dan SMS lebih mahal mulai 17 Ogos

U Mobile telah lancarkan pelan Pascabayar 38 pada bulan Mac lepas. Tapi tawaran padanya akan berubah tak lama lagi sebab U Mobile akan kenakan kuota hotspot yang berbeza. Pengguna akan terima lebih banyak data iaitu 35GB dalam pecahan 30GB data biasa dan 5GB data hotspot.

Maklumat lanjut di sini.

4. Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay sudah pun dilancarkan di Malaysia.  Ia boleh digunakan pada iPhone 6 dan ke atas. Apple Watch juga disokong dari Apple Watch Series 1 dan ke atas. Ia boleh digunakan di kedai fizikal seperti anda gunakan Samsung Pay ataupun Wave kad kredit dan debit.

Tutorialnya di sini.

5. Dr. Wee Ka Siong: Rider p-hailing perlu lesen khas tapi bukanlah GDL seperti lori

Menteri Pengangkutan, Dr. Wee Ka Siong telah memperjelas isu rider perlu miliki dokumen GDL untuk beroperasi yang tular beberapa hari lalu. Lesen yang akan diperkenalkan kerajaan tidaklah sama dengan GDL untuk pemandu lori. Ia adalah lesen vokasional yang membolehkan kerajaan kawal industri p-hailing daripada segi kebajikan dan keselamatan.

Berita penuh di sini.

Tags: apple paygalaxy z flip 4galaxy z fold 4ipay88p-hailingsamsung galaxy buds 2 prosamsung galaxy watch 5samsung galaxy watch 5 prou mobile
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Apple Pay tiba di Malaysia, Galaxy Z Fold & Z Flip 4 dilancar, P-Hailing tidak perlu GDL | SBM #79

Apple Pay tiba di Malaysia, Galaxy Z Fold & Z Flip 4 dilancar, P-Hailing tidak perlu GDL | SBM #79

18 August 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN