• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A17, telefon mampu milik dengan rekaan rasa kulit dan kamera 50MP

  • OLEH Najib
  • 4:59 pm
  • 27/09/2022
  • Komen
Oppo A17, telefon mampu milik dengan rekaan rasa kulit dan kamera 50MP
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Oppo A17, telefon pintar yang sangat mampu dimiliki. Ia dilengkapi kamera utama 50MP serta bateri 5,000mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Orang ramai boleh mendapatkan Oppo A17 mulai sekarang. Harga rasminya di Malaysia ialah:



  • Oppo A17 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM599

Mereka yang berminat, boleh membeli Oppo A17 di mana-mana Kedai Jenama Oppo, pengedar sah Oppo, Stor Online Oppo Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Oppo A17

Prestasi Oppo A17 digerakkan oleh cip pemproses Mediatek Helio G35, bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ia memiliki teknologi RAM Maya, membolehkan tambahan RAM sehingga 4GB lagi diambil daripada ruang storan. Kad mikroSD sehingga 1TB turut diterima untuk meluaskan storan.



Telefon ini didatangkan dalam dua warna pilihan, biru dan hitam. Ia dihasilkan dengan kemasan kulit tiruan, serta bingkai yang rata di sisi. Pengimbas capjari juga di tepi, bergabung dengan butang kuasa.

Skrin Oppo A17 menggunakan paparan LCD 60Hz, seluas 6.56-inci bersama resolusi HD 720p. Ia bertakuk kecil di dahi, memuatkan kamera hadapan 5MP. Kamera di belakang pula ada dua, gandingan kamera utama 50MP dan kamera potret 2MP.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan mengecas melalui sambungan mikro-USB. Sistem operasi ColorOS 12.1 digunakan, berasaskan Android 12.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A17.

Tags: oppoOppo A17
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A17, telefon mampu milik dengan rekaan rasa kulit dan kamera 50MP

Oppo A17, telefon mampu milik dengan rekaan rasa kulit dan kamera 50MP

27 September 2022
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN