• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bekas ketua pemasaran U Mobile dilantik terajui perniagaan mudah alih Telekom Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:25 am
  • 03/10/2022
  • Komen
Bekas ketua pemasaran U Mobile dilantik terajui perniagaan mudah alih Telekom Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna setia dan yang sudah lama bersama U Mobile, mungkin pernah melihat kelibat Jasmine Lee kerana beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) dan Ketua Pegawai Digital U Mobile untuk jangka masa yang panjang. Banyak perkara pertama kali di pelan mudahalih, diperkenal U Mobile sewaktu Jasmine bertugas di sana. Antaranya data tanpa had khusus untuk beberapa aplikasi seperti App-Onz, Music-onz dan Video-onz.

Kini, Jasmine diumumkan telah dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif Mudahalih di Telekom Malaysia (TM). Dia turut diberikan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Webe, bahagian perniagaan mudah alih TM. Dengan jawatan ini, Jasmine dijangka akan membawakan pembaharuan ketara di Unifi Mobile yang dilihat tiada perkembangan besar, terutama di dalam produknya beberapa tahun kebelakangan ini.



Sebelum menyertai TM, Jasmine telah berkhidmat sebagai CMO U Mobile selama 8 tahun. Dia kemudiannya dilantik sebagai CDO pada November 2021. Jasmine juga pernah bertugas di AirAsia, sebagai Ketua Bahagian Komersial dan Pengarah Komersial.

Unifi Mobile perlukan pembaharuan besar menjelang ketibaan 5G

Unifi Mobile yang sebelum ini dikenali sebagai Webe, sering dilihat sebagai pemain kecil dalam industri telekomunikasi (telco) mudah alih. Webe dilancarkan pada tahun 2016, sejurus selepas YTL Communications melancarkan rangkaian 4G mereka, Yes. Buat masa ini, Unifi Mobile hanya ada satu pelan prabayar iaitu #BEBAS yang menawarkan kredit tak mati, serta 5 pelan pascabayar serta pelan tanpa had berharga RM59/bulan dan diikat kontrak 12 bulan.



Akhir tahun lepas, TM ada mengumumkan bahawa pengguna pascabayar Unifi Mobile akan dapat menguji rangkaian 5G menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) tidak lama lagi. Bagaimanapun, pelaksanaannya ditangguhkan ke waktu yang masih tidak diketahui hingga kini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz ada menjelaskan bahawa TM dan YTL Communications (Yes) telah mendapat kelulusan lembaga pengarah untuk menandatangani perjanjian pengambilalihan pegangan DNB. Tetapi TM masih belum mengumumkan sebarang perjanjian 5G mereka bersama DNB. Sekarang, masih hanya Yes menjadi satu-satunya telco yang menyediakan perkhidmatan 5G kepada pengguna di Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pula menjangkakan bahawa perjanjian 5G antara telco dan DNB akan diselesaikan pada 30 September 2022. Tetapi tarikh itu telah berlalu pergi tanpa sebarang kenyataan rasmi oleh mana-mana telco, sama seperti yang banyak terjadi sebelum ini.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Unifi Mobile masih belum tahu bila nak mulakan 5G
  • Pengguna Unifi Mobile boleh uji rangkaian 5G tidak lama lagi
  • OpenSignal: Digi paling pantas kelajuan internet, Yes paling tersedia di Malaysia tapi apa maksud sebenar?
Tags: Jasmine LeeTMUnifiUnifi mobileWebe
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Bekas ketua pemasaran U Mobile dilantik terajui perniagaan mudah alih Telekom Malaysia

Bekas ketua pemasaran U Mobile dilantik terajui perniagaan mudah alih Telekom Malaysia

3 October 2022
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER