• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple TV 4K (2022): Satu-satunya produk Apple yang dilancar dan turun harga tahun ini

  • OLEH Najib
  • 12:23 pm
  • 20/10/2022
  • Komen
Apple TV 4K (2022): Satu-satunya produk Apple yang dilancar dan turun harga tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan ketibaan tablet baru Apple iaitu iPad 2022 dan iPad Pro 2022, Apple turut menyatakan bahawa mereka melancarkan kotak media baharu, Apple TV 4K 2022. Menariknya, ia boleh dikatakan satu-satunya produk Apple yang turun harga berbanding model sebelumnya.

Antara naik taraf padanya adalah cip yang baharu, serta storan lebih besar. Ini adalah pilihan terbaik jika anda mahukan pengalaman menonton kandungan Apple TV+ terbaik.



Harga dan tarikh jualan

Tahun lepas, Apple melancarkan Apple TV 4K dengan harga RM899 untuk storan 32GB. Kali ini, model baru ini diturunkan harga dengan storan lebih besar 4 kali ganda. Harga rasmi untuk Apple TV 4K 2022 adalah seperti berikut:

  • Apple TV 4K 64GB storage – RM699
  • Apple TV 4K + Ethernet 128GB – RM799

Kini terdapat dua varian. Varian Asas 64GB menggunakan sambungan WiFi dan HDMI. Manakala varian lebih besar 128GB, boleh disambungkan secara WiFi, Ethernet dan HDMI.



Buat masa ini, tarikh jualannya di Malaysia masih belum diketahui. Ia akan mula dijual di 30 buah negara mulai 4 November 2022. Dijangka pengguna di Malaysia boleh mendapatkannya dalam masa sebulan dari sekarang.

Apple TV 4K 64GB (atas), Apple TV 4K 128GB (bawah)

Spesifikasi Apple TV 4K 2022

Naik taraf terbesar di kotak media terbaru ini adalah pemproses. Ia kini menggunakan cip A15 Bionic yang sama ada di iPhone 13 dan iPhone 14, berbanding A12 Bionic tahun lepas. Apple menyatakan Apple TV 4K kini lebih baik dengan 50% peningkatan di CPU dan 30% di GPU. Ini membolehkan antaramuka yang lebih lancar serta permainan video yang tidak lengah.

Pemproses yang baharu ini juga memberi sokongan baru untuk HDR10+, serta kekal serasi dengan Dolby Vision dan Dolby Atmos. Di samping itu, ia juga lebih jimat tenaga dengan 30% kurang penggunaan tenaga serta tidak lagi memerlukan kipas di dalam, menjadikan rekaannya lebih kecil dan kompak. Apple juga mengubahsuai sedikit kemasan, dengan meletak logo Apple sahaja, tanpa perkataan TV.

Bagi alat kawalan, ia masih sama seperti model sebelumnya, di dalam badan aluminium tetapi kini mengecas melalui USB-C. Ia seiring dengan komitmen Apple untuk berubah daripada sambungan Lightning kepada sambungan universal.

Dengan menekan butang sisi, ia akan memanggil Siri dan di tvOS 16, logo Siri menjadi lebih kecil dan mampu mengenal pasti suara pengguna yang berbeza. Pengguna AirPods juga boleh memanggil Siri melalui suara. Tetapi tidak diketahui bilakah ia akan tiba di Malaysia.

Bacaan Berkaitan

  • Apple TV+, servis strim TV baru yang tidak terhad pada produk Apple
  • Apple TV 4K terima cip A12 Bionic dan Siri Remote serba baharu
  • Apple TV kini boleh dipasang & ditonton di Android TV
Tags: appleApple TVApple TV 4KApple TV Plus
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Apple TV 4K (2022): Satu-satunya produk Apple yang dilancar dan turun harga tahun ini

Apple TV 4K (2022): Satu-satunya produk Apple yang dilancar dan turun harga tahun ini

20 October 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER