• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laman Uni5G kini aktif, petanda 5G Telekom Malaysia bakal dilancarkan?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:00 pm
  • 20/10/2022
  • Komen
Laman Uni5G kini aktif, petanda 5G Telekom Malaysia bakal dilancarkan?
Share on FacebookShare on Twitter

Urusan kerjasama antara telco dengan Digital Nasional Berhad (DNB) masih belum ada perkembangan yang positif. Tapi ia tidak bermakna tiada apa-apa yang berlaku disebalik tabir. Telekom Malaysia misalnya telah mula mengutuskan teaser tentang perkhidmatan 5G mereka yang dijenamakan sebagai Uni5G. Ia menunjukkan yang ia akan tersedia untuk pengguna tak lama lagi.

Laman web Uni5G didapati sudahpun aktif walaupun tidak mengandungi banyak maklumat yang berguna. Antara yang diwar-warkan adalah capaian Internet berkelajuan tinggi, gaming tanpa lagi, tiada lagi skrin pegun sewaktu bersidang video, dan tonton kandungan 4K tanpa masalah.



Kalau anda perasan juga, logo Unifi Mobile juga telah berubah. Ia kini lebih mirip emoji senyum yang terdiri daripada 2 bulatan dan 1 separa bulatan. Maklumat tentang apakah pelan yang akan ditawarkan juga masih belum ada, tapi pelan pascabayar yang ditawarkan iaitu Unifi Mobile Postpaid Ultimate katanya 5G Ready dan berharga RM59/bulan.

Bila ditawarkan kelak, jangkakan liputan perkhidmatan yang sama dengan Yes 5G disebabkan mereka menggunakan servis DNB sebagai penyedia infrastruktur 5G. Selain Lembah Klang, lain-lain kawasan yang ada liputan 5G buat masa ini adalah Perak, Pulau Pinang, Johor, dan yang terbaharu adalah Melaka dan Negeri Sembilan.



Bacaan berkaitan

  • Banyak kali terlepas tarikh, Menteri harap perjanjian 5G akan selesai hujung bulan ini
  • CEO Yes 5G jawab kenapa iPhone sampai hari ini tak sokong rangkaian mereka
Tags: 5gTelekom MalaysiaTMUni5gUnifiUnifi mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Laman Uni5G kini aktif, petanda 5G Telekom Malaysia bakal dilancarkan?

Laman Uni5G kini aktif, petanda 5G Telekom Malaysia bakal dilancarkan?

20 October 2022
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN